Tasik Desa Kundang yg kecundang...




















Hari yang ditunggu2 telah tiba, perancangan untuk terjah ke tasik kundang yang sudah lama diatur dapat dilaksanakan. Saya dan rakan (kay) mengambil keputusan untuk mencuba casting Pb yang menjadi bualan dr sumber2 yang pernah memancing disana. Tepat jam 10.45 am, kami tiba di tasik harapan, tanpa berlengah lagi kami mengeluarkan gewang2 harapan untuk menjerat pb atau spesis lain. Matahari yang panas terik tidak mematahkan semangat kami yang sudah mencuba pelbagai teknik dan jenis2 gewang idaman tapi tiada sambaran yg dilakukan.. Semuanya kalut..

Jam menunjukkan pukul 12 tengahari.. Semangat kami mula pudar dan saya mencadangkan mencari lubuk2 yang ada disekitar tmpt kami mancing. Setelah dipersetujui kami mula beredar mencari lubuk berpotensi.. Selepas selesai membungkus bekalan makanan kami terus mencari lombong2 atau paya yg berpotensi. Dalam pancarian lubuk2 yang kami cari, 2 lubuk yang berpotensi dengan spesis haruan dan sepat yang bermaharajalela disitu.

Lubuk pertama banyak anak2 haruan dan sepat manakala lubuk ke 2 haruan dan talapia yang muncul.. Di lubuk pertama terdapat 2 pemancing yang sedang memburu sepat, tujuan kami pula ialah menduga haruan2 yg besar.. Dengan menggunakan gewang cerah, banyak anak haruan2 disitu yang menyambar gewang tetapi saiznya tidak menepati sasaran...jadi saya melepaskannya semula kehabitat asal supaya membesar. sikap CNR perlu diutamakan bagi menjamin kepesatan sistem pembiakannya. Sifat tamak yang mahukan kuantiti boleh merugikan diri sendiri bila ingin memancing kembali disitu.

Kami bertukar ke lubuk kedua selepas rakan (kay) mengajak saya untuk menduga lubuk yg seterusnya.. Masa begitu terhad kerana beliau perlu bergegas balik atas urusan penting.. jadi kami terus ke lubuk ke 2 untuk tidak membuang masa.. Lubuk ke 2 ini memang cantik dan mempunyai haruan bersaiz gadang2.. Kali ini gewang rakan (kay) menjadi dan terus mendapat lesen besar. Semasa beliau mengarau gewang, tiba2 satu sentapan kuat berhampiran rumput dan teratai di tengah2 lombong. Kay mula panik dan melawan kembali tarikan ikan haruan dan akhirnya beliau menaikkan ikan haruan bersaiz anggaran sekilo. Saya pula tidak mendapat aura di lubuk kedua ini.. Masa pula mencemburui kami yang sedang bersemangat bila berjaya menaikkan saiz idaman..
Kami mengambil keputusan untuk pulang dan akan kembali pada akan datang.. Sayonara



0 Response to "Tasik Desa Kundang yg kecundang..."

Post a Comment