Casting guna mini popper




















Cuti panjang pada penghujung bulan 12, saya dan rakan berkesempatan dalam mencari lubuk2 barudi Ijok dan sekitarnya.. Trip kali ni hanya menggunakan teknik casting mini popper yg murah dan terdapat dibanyak kedai pancing. Selepas bersarapan di sungai buloh kami terus ke port2 yang berpotensi dengan harapan menaikkan beberapa ikan yang besar2..

Jam menunjukkan 10.30 pagi bila kami sampai di kawasan yang di idam2 kan. Matahari yang mula memanaskan persekitaran tidak mematahkan lagi semangat juang pada hari itu. Lombong terbiar ni mempunyai 1 rakit yang ada tong2 yang diikat kemas serta bonus pendayung buatan sendiri dan kayu untuk menolak rakit itu ketengah. Rakit ini hanya boleh memuatkan 2 orang di atasnya.. rakit kayu ini memang dah tersedia disini dan kemungkinan direka oleh orang disini untuk memasang jaring. Tanpa membuang masa kami pun naik dan kayuh ketengah, memang takut juga bila tengok keadaan rakit kayu ni sebab kalau jatuh memang habis la barang2 pancing dan henpon yang jadi tukun. Sampai ditengah kami pun casting2 sampai la semua kawasan dicuba. ada sambaran tapi tak lekat. mungkin hanya pakai 1 mata kail di belakang hujung popper. Jam menunjukkan 12 dan masih belum ada hasil tangkapan. kami berubah tempat dan berjaya menaikkan haruan dengan mini popper. banyak lagi sambaran tapi kalut dan besar kemungkinan guna 1 mata kail..Manakala rakan tak berjaya menaikkan ikan dengan menggunakan gewang biasa. Bila banyak terlepas sambaran, ikan pun dah tak jamah lagi mini popper.. InsyaAllah, saya akan datang kesini dengan mencuba teknik lain pula..

2 Response to "Casting guna mini popper"

  1. Nora Says:

    kecik sgt haruan tu....cari la tahap yg boleh dikatakan "haruan makan anak".....hehehhe...

    anyway...congrat sebab dapat juga ikan walaupun penat.....hehhehe....

  2. en_naz Says:

    hehe..mekasih..kalau haruan makan anak tu dah bahaya.. Boleh patah joran tu ;P

Post a Comment