Kepupusan lubuk2 dari Sg Buloh ke Kuala Selangor









































Hari minggu sebelumnya adalah super bz untuk saya..dengan kepala yang sangat berserabut sebab banyak kerja hingga ke lewat malam, dengan lama tak kena karan sambaran ikan, makin menjadilah keserabutan di benak kepala. Setelah menyiapkan kerja2 yang diamanahkan saya terus sms rakan saya kay untuk menduga lubuk2 baru dari Sg Buloh hinggalah ke Kuala Selangor. Janji telah termeterai dan cuma menunggu esok harinya..kay memang gembira dari awal lagi sebab dah awal2 dapat "green light" dari isterinya.. Saya pula masih lagi lampu oren, hish susah ni nak kena tunggu hijau.. Setelah saya masuk kebilik dan mengambil kamus2 dan membelek2 setiap helaian..maka terciptalah satu alasan yang kukuh untuk memancing...hehe.

Keesokan harinya setelah makan tengahari dari air tangan isteri, kami bergerak dengan menaiki motor bagi memudahkan misi mencari lubuk2 yang berpotensi. Kami berjumpa dalam jam 3 petang. Dalam perjalanan dari Sungai Buloh, kami melalui kampung Ijok, Assam Jawa, Taman Kelip2 kg Kuantan dan Jambatan Kuala Selangor. Setiap kampung yang kami lalui dan nampak tempat berair je terus kami berhenti untuk casting.. Ternyata lubuk2 perhentian kami memang ketandusan ikan haruan. Matlamat kami ialah menguji gewang2 katak kayu, katak plastik dan janggut. Tetapi hanya berapa sambaran tak lekat.

Walaupun tiada tangkapan yang berjaya dirakam tetapi kami puas melihat suasana keindahan alam, suasana perkampungan dan paling best sekali perkena mee goreng di satu kedai berhampiran muara yang menjalankan penternakan kerang. Mee goreng yang sedap dan udang2 yang besar serta keramahan penduduk disitu masih terngiang2 di minda. Pemancing seperti kita ini ibarat pendagang yang merantau ke negara2 orang untuk mencari rezeki, sama juga kita sebagai pemancing..lagi jauh perjalananan, lagi banyak pengalaman yang akan kita terokai..itu yang paling mahal sekali..

Malam tu, setelah selesai makan dan berbual tentang lokasi menarik di area kuala selangor, kami pergi ke jambatan Kuala selangor untuk mencuba nasib, ini kerana alat2 untuk memancing dasar memang tak bawak banyak dan tak beli awal2 umpan. Sampai tempat yang dituju memang terdapat ramai yang sedang memancing di tepi jambatan . Kami yang memang tiada plan untuk mancing guna umpan, sempat la juga beli udang putih di kedai2 tepi jalan untuk buat umpan. Air masa kami sampai tu surut dan deras bawahnya, peratus batu tak lekat bawah memang boleh di agak.. Dalam sejam tu memang kami banyak lepak dan berbual dengan ada sorang abg yang membawa familynya dari Ampang. Kesimpulannya malam tu tiada rezeki buat kami..tapi satu pengalaman bila dah menjejakkan kaki di area sana.

5 Response to "Kepupusan lubuk2 dari Sg Buloh ke Kuala Selangor"

  1. Abgcengkih Says:

    Kawan rasa untuk ekspedisi haruan & spisis air tawar seeloknya awak jelajah sekitar Batang Berjuntai. Banyak port dari tebing sungai hinggalah lombong lombong. Boleh menghala trus ke Tg Karang (Layan Sungai Dan Sawah)melalui Ladang Tandamaram, Jln Raja Muda Musa.

    Jambatan Kuala Selangor tu kesesuaiannya mengikut keadaan. Air Besar atau kecik, Payau atau tawar atau masin. Pada masa-masanya banyak sembilang, belukang & duri; masa lain udang galah & keli sesat; masa lain belanak & gelama (termasuk selewak) terkadang walau jarang sekali ada juga senangin, anak kurau siakap malah pari. Itupun kena tahu hotspotnya!

    Apapun kawan cadangkan bawakler tangguk mata halus, dan parang kontot. Banyak guna dalam mencari umpan dan menghadapi situasi yang mendesak seperti berdepan ngan ular.

    Lain padang lain belalang. Sebaik umpan adalah mengikut apa yang terdapat dalam rantaian pemakanan setempat.

  2. en_naz Says:

    Terima kasih atas nasihat Abgcengkih.. InsyaAllah saya akan ketempat2 yang dikongsikan oleh Abgcengkih. Kalau tak keberatan nak mancing ke lubuk tu boleh roger2 saya.. ;)

  3. Unknown Says:

    salam.. sy ni lg la tak tau port2 di kwsan selangor ni... xde mmber nk join..

  4. Unknown Says:

    salam besok saya akan ke bukit belimbing.blh bagi tahu kat mana port mancing kat sana

  5. Unknown Says:

    Sg besar kena pada masanya.. tuai padi ok la.. hutang melintang boleh tahan juga lubuknya..

Post a Comment