Ikan Duri Mengamuk di Pantai Remis


Antara port yang berpotensi untuk dicuba semasa air pasang


Sempat casting guna popper tapi hambar sebelum mancing dasar


Rezeki Duri..

Minggu lepas saya dan kay telah bersepakat untuk ke pantai Remis untuk misi membalas dendam, trip sebelum ini agak hambar kerana waktu kami datang sebelum ni air mula surut.. Setelah membuat persedian rapi dan meneliti jadual air pasang surut, kami terus memulakan misi mencari ikan2 yang diharapkan seperti tuka, gelama, tanda dan sebagainya.. Dalam perjalanan ke pantai remis, kami sempat casting di tempat2 yang dijangka berpotensi.. Kami singgah di kuala sungai & muara untuk mencuba nasib..tetapi air yang surut dan rezeki yang tidak menyebelahi semasa casting terus kami bercadang untuk berehat di warung2 untuk melegakan perut yang sudah lama berbunyi..

Di pantai remis terdapat banyak warung dan ikan bakar yang popular. Hari minggu disini memang ramai pengunjung yang datang membawa keluarga beriadah.. Pelbagai aktitviti yang dapat dilihat disini seperti main layang2 bersama anak2, memancing dan membaca di tepi pantai.. Panorama seperti ini sedikit sebanyak menghilangkan stress sambil perkena nescafe panas dengan angin bayu yang sepoi2 bahasa..hehe. Air laut yang tadi surut kini mula pasang dan memanggil2 kami untuk beraksi. Selesai membayar terus kami mencari umpan umpun2, udang dan sotong untuk dipertaruhkan.. tapi sotong ternyata laku pada hari tu..kami hanya dapat guna 2 umpan sahaja dan kami membeli sedikit ais untuk diletak dalam polistrine yg dibawa.. Memang berguna bagi meletak ikan dan juga air tin..hehe.

Kali ni kami mencari port yang jauh dari batu2 yang dijadikan tebing untuk menghalang hakisan.. Ternyata tempat kami memang berpotensi bila joran yang diletakkan telah menjerit dengan bunyi loceng yang dipasang. Rakan saya juga turut menerima sambaran dan akhirnya kami berjaya menaikkan 2 ekor duri yang bersaiz 500 grm.. Tak dinafikan umpan udang yang dibeli berjaya memikat ikan duri dan gelama pada hari tu.. Selepas itu kami tak menang tangan melayan ikan duri yang seolah2 mengamuk bila lubuknya dirasuah dgn umpan udang. Peliknya kemana ikan tanda, tuka dan lain2 pergi.. Apapun gelama dan duri yang menjadi rezeki kami berdua pada malam tu..Alhamdulillah dari tak dapat bawak balik langsung.

Air mulai surut bila hampir ke jam 11 malam. Kami berpakat untuk makan dan tukar port di tanjung harapan. Perjalanan dari pantai remis melalui meru dan ke tanjung harapan mengambil masa 1 jam. Agak jauh juga tapi bila dah minat, laut dan gunung berapi sanggup di harungi..hehe.
Bila sampai dilokasi yang diharapkan, masih ramai lagi yang berkunjung di situ. Ini kerana terdapat medan ikan bakar dan tempat beriadah serta peniaga yang menjual jeruk, kacang, burger dan lain2 lagi berhampiran replika kapal. Disitu kami pun dapat ikan duri lagi walaupun menggunakan 2 jenis umpan tadi. Memang rezeki duri kami pada hari tu.. Kami stay disitu sampai air pasang..pagi tu dalam pukul 8 sempat la kami casting guna popper.. tapi xde ikan yg sudi menyambar walaupun air memang cantik.. Pelbagai teknik dan gewang dipertaruhkan tapi masih tidak ada yang menyambar.. Memang dah tertulis rezeki kami hanya ikan duri dan sedikit gelama.. Apa pun Kami bersyukur dari bawak balik umpan je..hehe.

1 Response to "Ikan Duri Mengamuk di Pantai Remis"

  1. Pemburu-ikan Says:

    pernah ke pantai remis tp air surut sampai ke tengah...

Post a Comment