Misi Membalas Dendam di Dungun ( malam )























Sesi pancingan malam membuahkan hasil yang banyak.. Tetapi hujan lebat turun mulai jam 8 lebih hingga ke pagi.. Ini sedikit sebanyak melemahkan semangat kami kerana kesejukan dan laut yang kuat bergelora.. Sebelum hujan tu pula lampu bot tiba2 terpadam dan kami yang tengah layan mancing terus tersentak bila sekeliling kami gelap....Rupa-rupanya air yang disedut tu tersangkut dan mencurah2.. Kami bergelap seketika semasa ia sedang dibaiki, masa tu doa2 jangan ada bot dok merempit ke arah kami..huhu. Malam tu betul2 dilanyak oleh hujan lebat, laut yang bergelora membuatkan kami berpaut pada bot dan bila terlalu lama menyebabkan kami keletihan dan kelaparan.. Hujan yang lebat dan renyai2 memaksa kami menguatkan diri untuk memasak.. al maklum la kalau dah sejuk2.. Menu megi memang menyelerakan sampai tak perasaan laut bergelora..haha.

Selepas makan, hujan lebat bertukar renyai2.. Bila dah bertenaga kami terus mancing.. Pengalaman masa malam tu yg saya dapat ialah dapat menyaksikan penyu yang besar, ikan kacang dan todak yang berkeliaran tepi bot, ular air yang berwarna kuning hitam yang sedang usha2 kami dan talang yang mengejar anak2 ikan di tepi bot. Masa tu abg din rakan kepada otai sempat juga mengajar saya teknik perambut utk mendapat ikan besar menggunakan umpan anak ikan. Arus yang kuat dibawah memaksa kami menggunakan batu besar.. Memang letih nak karau untuk lihat umpan bila guna batu besar.hehe. Semasa menunggu ikan mega, saya sempat la cuci mata kat bawah bot yang diterangi lampu.. Kelihatan ikan talang yang dalam saiz 600 gram sedang mengejar anak2 ikan..memang mengasyikan.. Saya yang masih lemah lagi sebab tak cukup tidur cuba mengagahkan diri ke depan bot untuk mengambil set light joran dan memasang mata kail appollo.. Saya cuba alihkan perhatian ikan talang tadi dengan meletakkan mata kail tadi di kelompok anak2 ikan..

Tiba2...Zretttt...mesin kecik saya berbunyi dan joran terus melengkung bila 3 ekor talang melekat di mata kail.. Ikan talang ni memang laju dan sedap layan tarikannya..tapi mata kail yang digunakan kecil dan hanya melekat 2 ekor.. lepas tu saya tak menang tangan bila melayan ikan talang dan rakan2 yang tengok gelagat saya pun terus memasang joran lagi satu dengan mata kail appollo. Dalam leka melayan tiba2 joran seahawk yang saya pasang loceng berbunyi.. Dalam hati masa tu ikan tali terbelit dgn rakan lain..tapi bila rakan dah karau talinya sampai atas baru la saya membuat satu sentapan kuat bagi mengukuhkan mata kail di mulut ikan.. Apabila ikan timbul di permukaan baru lah puas bila ikan mayong dalam anggaran 2 kilo berjaya didaratkan dengan selamat di atas bot.
Selepas tu saya teruskan aktiviti appollo dan berjaya menaikkan lagi ikan talang.. Rakan2 otai menaikkan ikan tambak, kerisi, kerapu dan lain2 lagi..

Jam menunjukkan pukul hampir 5 pagi, saya yang tak cukup rehat mula mencari port untuk tidur..nak tidur kt depan bot tak boleh sebab masih hujan..last2 ada kawan otai yang dah puas tidur memberi peluang kat saya untuk beraksi dalam mimpi pula..hehe. Ada la sekangkang kera tempat tidur saya masa tu, kt bawah kaki pula enjin..nyaris2 kaki nak melecur sebab masa tidur tu ada abang tu sempat menahan kaki yang saya nak luruskan macam kt rumah..hehe. Biasa la kalau dah letih, nk tidur dalam kabin tu pula dah ditempah awal2 oleh rakan otai bersama anak2nya.. Sedar2 sahaja dari tidur dah cerah langit dan hampir ke jeti.. Lepas kemas2 dan siap2 naik kami bersarapan dan membahagikan ikan2 kepada rakan2 sebelum balik ke KL..

1 Response to "Misi Membalas Dendam di Dungun ( malam )"

  1. Petai Says:

    bro ada no tel tekong 2 x.hubungi saya di 0129253031 khairuz

Post a Comment