Amber Jack Jigging Series - AJ Special ( Seahawk)


Rod jigging yang sedia untuk di uji..


Ringan dan jitu


Berbaloi baloi..hehe

Persediaan membuat mata kail dan jig yang akan di gunakan di Kuala Terengganu


Antara bahan2 yang perlu ada.. tp still x cukup..shrink
tube rubber tak ada dlm ni






Hampir siap, tapi tak bubuh gam lagi utk mengukuhkan
ikatan..

Backup mata kail yang sudah siap dan boleh
laras dari jenama Gosen

Umpan Candat Udang untuk Mencandat Sotong di Kuala Terengganu


Antara candat udang tiruan yang akan diuji


Kesemuanya candat ini bercahaya dan sesuai utk malam


Yang kiri ini ialah candat umpan - letakkan ikan di tengah2 tu

Lagi 2 hari lagi pertandingan mencandat sotong yang akan di adakan di Kuala Terengganu. Gambar diatas ialah segala persiapan untuk sesi mencandat sebelum pergi ke sana.. Bagi perjalanan yang jauh dan atas bot, saya pastikan barang2 dibawah ini perlu dibawa bersama:

1. Minyak panas @ cap kapak
2. Ubat Migrain @ panadol @ Tahan muntah
3. Mini first aid kit
4. Baju hujan
5. Pisau
6. Tali
7. Life Jacket- disediakan
8. Lampu suluh
9. Beg kalis air - simpan wallet, handphone dan yg penting2
10. Duit - ini lagi penting, tak makan & tak boleh nak jalan2..hehe

Sahabat @ rakan pancing yang terlibat dengan kemalangan

8:52 PM Posted by en_naz 0 comments




Tanggal 18 may 2010 satu berita yang memeranjatkan saya bila sahabat saya dan rakan pancing terlantar dihospital kerana kemalangan semasa hendak pergi ke pejabat, padahal 3 hari lepas baru sahaja kami bertemu untuk trip mancing di pantai Remis. Saya mendapat panggilan dari ayahnya yang juga sekutu memancing dalam jam 12 tengahari. Saya yang kebetulan cuti sakit terus ke hospital untuk melihat keadaan beliau. Sampai disana saya melihat kay masih dalam kebingungan, ini mungkin kesan dari ubat tahan sakit manakala isterinya mengalami retak tulang kaki dan melecet. .

Kemalangan berlaku semasa dia dan isteri dalam perjalanan di sekitar bandar utama, kejadian berlaku akibat 1 kereta yang memotong ke kanan yang memang tak boleh lalu sebab ada kon tetapi kerana kecuaiaan pemandu tadi menyebabkan ia melanggar kereta lain dan kereta yang dilanggar tadi terus merempuh kay dan isteri hingga terseret ke depan.. Walaupun berhati2 kita memandu tapi atas kealpaan pemandu lain atau yang mengejar masa boleh menyebabkan kemalangan yang boleh meragut nyawa. Walaupun kita mengejar masa tapi kena tekankan keselamatan diri sendiri dan orang lain. Bagi kaki pancing mungkin kita sedikit sebanyak dilatih bersabar semasa menunggu ikan..

Saya harap kay dan isteri cepat sembuh dan bagi pemandu2 diluar sana..sayangi lah insan tersayang dan orang lain disekeliling anda.. jangan kerana kesilapan diri sendiri yang lewat memberi kesan pada orang lain.. Sabar separuh dari iman.

Pantai Remis, Jeram Selangor

7:45 PM Posted by en_naz 7 comments







Hari yang dinanti untuk mencuba memancing di pantai Remis di Jeram Selangor memang berbaloi.. Ini kerana keindahan pantai dan pelbagai aktiviti dan riadah bersama keluarga boleh dilihat disana. Terdapat banyak kedai makan dan bekalan mentah seperti kerang, lala dan banyak lagi boleh didapati disana. Kemudian tempat permainan untuk kanak2 turut disediakan. Kunjungan kami kesana hanya berdua sahaja tanpa membawa keluarga masing2.. Kalau next trip mungkin saya akan membawa isteri untuk makan dan melihat panorama indah sambil memancing.. hehe. Bagi pemancing pula, umpan tidak perlu risau kerana umpun2 memang tersedia untuk kita memancing dan ada juga yg menjual udang mati.

Setelah memilih port, kami terus labuhkan joran. Saya menggunakan 2 joran iaitu satu untuk main dasar dan satu lagi casting. Hari tu memang tidak bernasib baik untuk menaikkan ikan besar kerana terlepas. Semasa sibuk casting, joran figo ditarik kuat hingga terjatuh.. saya yang masih lagi sedang memegang joran casting tidak sempat untuk berbuat apa2 sebab jarak saya dan joran yang kena tarik tu jauh.. memang sayang sebab 2 kali saya kena macam tu.. Lepas tu terus saya putuskan utk mancing dasar je. Air masa tu memang cantik dan baru nak surut.
Hari tu kami memancing sampai malam dan alhamdulillah ada rezki untuk dibawa balik, banyak juga ikan kat sana yang tak sempat di ambil gambar kerana kami diserang nyamuk2.. Bagi yang nak memancing kt sana jangan lupa bawak bekas telur dan lampu untuk kegunaan malam..

Ryobi Ap Power 8000 sedia bertempur - Koleksi Terbaru

Monday, May 10, 2010 7:36 PM Posted by en_naz

Berkilauan bila kotak dibuka..hehe


Mantap dan sedia untuk beraksi..


Bergaya..


Tombol pengayuh yang jitu..

Selepas mendaftarkan nama untuk trip mencandat sotong di kuala Terengganu. Hati saya mula runsing bila memikirkan keliki yang patut digunakan masa disana. Ini kerana niat sebenar ialah bukan nak mencandat, tetapi memancing. Oleh kerana tiada pengalaman memancing diatas bot yang berada ditengah laut, saya terpaksa membuat market survey peralatan yang sesuai dan teknik yang boleh diguna pakai. Pilihan pertama saya ialah hendak menggunakan teknik jigging dan kalau tiada tangakapan saya akan cuba teknik bottom yang mana menggunakan umpan hidup serta sambil2 tu mencandat sotong.

Dalam beberapa minggu saya buat survey di forum2 dan kedai pancing untuk melihat keliki yang sesuai dan mampu milik. Diatas penelitian saya terhadap keliki di kedai2 pancing dan juga sumber daripada internet, model yang sesuai untuk di perairan seperti terengganu hingga ke port Klang. Model 2000 hingga 8000 memang sesuai untuk digunakan. Keliki jenis model2 ini dikelaskan sederhana dan mampu untuk kita membelinya daripada dibandingkan dengan jenama2 lain seperti shimano memang jauh beza harganya.. Saya pun belum merasmikan lagi keliki ini dan tak berani nak komen lebih jauh lagi.. Tapi rekod keliki ryobi dari sumber forum dan blog di internet pernah menaikkan ikan seberat 20 ke 30 kg..

Apa pun yang penting sedikit pengalaman dan teknik menjadi satu faktor utama bagi menaikkan ikan2 yang bersaiz besar.. Sebab, apa yang kita lihat bahan2 rujukan diforum dan sumber dari internet adalah secara teori tapi kalau kita tidak praktikkan atau tak merasai secara praktikal memang susah untuk dibandingkan. Saya pun tiada pengalaman merasainya, hanya teori dari sumber2 yang boleh diguna pakai... Harap dengan pengalaman pertama memancing dan mencandat di tengah lautan bersama isteri serta rakan2 dimurahkan rezeki serta pengalaman manis dan dilindungi dari sebarang bencana.. Amin.


Gelama di Pengkalan Balak, Melaka







Jumaat lepas saya mendapat panggilan dari abg yang menetap di Melaka. Beliau memberitahu yang dia baru sahaja membeli joran pancing dan tak sabar2 nak mengujinya. Lalu dia mencadangkan memancing di pantai pengkalan balak yang terletak di tengah2 antara Bandar Melaka dan Masjid Tanah. Trip terjah pantai ini disertai oleh saya, abg wan dan 2 sepupu iaitu abg pai dan alif. Perjalanan yang mengambil masa dalam sekitar 35 minit tidak terasa kerana mata tertumpu pada suasana kampung yang bersih dan rancak berbual mengenai umpan serta ikan yang biasa dinaikkan di situ.

Semasa sampai di pengkalan balak, terdapat ramai pengunjung yang sedang memancing dan ada juga keluarga datang beriadah membawa anak2nya yang bermandi manda di tepi pantai. Dipantai itu juga turut ada yang memasang khemah, panggang ayam dan bermacam2 lagi aktiviti yang meriah boleh dilihat disana. Setelah melihat gelagat2 pengunjung, kami berpakat untuk lepak diwarung2 tepi pantai untuk perkena teh tarik dan goreng pisang yang bercicahkan kuah sambal yang pedas2 manis sebelum memulakan aktiviti memancing.

Tepat jam 6 petang, kami terus memulakan aksi masing2 dengan menggunakan umpan umpun2 halus dan kasar. Terdapat banyak getuan dari anak2 ikan dan hinggalah satu sentapan kuat hingga terjatuh joran saya. Tapi sebab saya yang leka menguruskan joran lagi satu menyebabkan lambat membuat sentapan kuat pada joran yang jatuh tadi, melepaslah jawabnya.
Semasa cuaca semakin gelap, kami dapat menaikkan banyak anak gelama. Abg wan pula berjaya mendapat lesen untuk joran baru dia..Tahniah...hehe.

Makin malam makin ramai yang datang memancing di area port kami. Ini menunjukkan jumlah pemancing di Melaka semakin bertambah. Penambahan jumlah ini sedikit sebanyak menaikkan industri ini secara profesional dan tokey2 kedai pancing mula tersenyum bila ada yang datang membeli peralatan serta aksesori memancing. Tapi kedai2 di Melaka masih mahal kalau nak banding dengan KL. Tapi apakan daya, bagi perantau macam saya mmg boleh cari di sekitar Pudu, PJ atau Kepong. Tetapi kat Melaka masih lagi tak banyak saingan untuk kedai2 pancing. Kesimpulanya harga memang kena pandai2 minta diskaun. Kemudian ada kedai yang kekurangan aksesori dan peralatan serta kedai yang jauh untuk mendapatkan apa yang kita dihajati...

Berbalik pada cerita tentang ikan yang kami dapat, tiada lagi getuan di hujung2 joran bila jam menunjukkan 11 malam keatas serta disusuli tanda2 air sedang surut... Kami berpakat untuk mengemas2 balik.. Kami bersyukur apa yang kami dapat dan akan kembali lagi ke sini dengan umpan2 yang menarik..