Mancing tepi jeti - edisi kumpau 2


Pemandangan yang cantik tapi tak ada umpan udang hidup.


Spesis ikan karang dan baby kerapu yg sudi meluangkan masa..

Trip memancing disungai sebelum ini memang mengecewakan dan saya telah merancang untuk memancing di tepi jeti. Tempat baru ini memang telah disurvey oleh kami sebelum ini memandangkan tak banyak tempat memancing di pantai yang mempunyai ikan2 yang boleh menggerunkan kami. Di tepi jeti ini banyak terdapat ikan putih dan siakap. tapi kunjungan kami kesini mempunyai satu masalah iaitu tiada umpan udang hidup. Berbekalkan umpan udang mati yang dibeli di pasar inanam. kami mengharapkan sedikit rezeki untuk dibawa pulang.

Kebanyakan pemancing yang bermastautin di Sabah memang tak ramai yang memancing di tepi2 kerana kepupusan ikan yang mendiami berhampiran pantai. Ramai pemancing yang suka casting dan bottom akan memancing jauh dari kota sabah seperti di papar, gayang, kudat dan banyak lagi. Tapi ada tempat menarik di sekitar tlc untuk memancing pari dengan menggunakan umpan kemurak. Ikan pari dan siakap memang gemar dengan isi ikan ini yang di hiris, memang kompom joran melendut kebawah. Tapi kunjungan saya pada bulan 2 ini bukan masa yang sesuai kerana hujan hampir setiap hari disana, ombak kuat sampai batu besar yang dipakai pergi ke tepi semula bila membaling ketengah dan angin kuat. Saya pada mulanya dipelawa memancing dengan menggunakan bot fiber tapi menolak dengan baik kerana tiada persediaan rapi seperti life jacket dan cuaca yang tak menentu..

Walaupun tak dapat banyak ikan tapi yang penting dapat tambah rakan pancing disana melalui biras dan sedara. Lepas ni memang kompom bawa life jacket kesana..hehe. Apa pun matlamat sebenar untuk berehat sambil memancing. Bagi yang belum pernah sampai kesini cepat2 book ticket ke Sabah. Banyak tempat menarik seperti pulau manukan, pasar filiphine, tanjung aru, lepak di kundasang ( 1st point gunung Kinabalu) dan banyak lagi. Bagi pengemar seafood pula terdapat ikan gred A seperti jenahak, kerapu pelbagai jenis, uji rashid, kemurak besar ( belanak ) baby crab ( ketam lembut yang digoreng dan makan tanpa buang kulit) dan macam2 lagi.. Jauh lagi perjalanan memancing, luas lagi pemandangan yang diperolehi dan diterokai..

2 Response to "Mancing tepi jeti - edisi kumpau 2"

  1. ChAzStYlo Says:

    pergh!!cambest je..aku pun dh lame xmemancing..dekat 5bulan dh xgi mancing.

    http://chazstylo.blogspot.com/

  2. en_naz Says:

    Apa lagi bro.. siapkan senjata dan serangggg..hehe.

Post a Comment