Terjah Sungai Penampang,Sabah

Hari Pertama




































Trip kali ini ke kota kinabalu memang banyak masa dihabiskan dilubuk2 di area penampang. Masa yang terhad memaksa saya dan abg ipar (khairul) menduga lubuk yang khabarnya mampu membuat pemancing kehilangan joran kesayangannya akibat tarikan ikan besar di lubuk berkenaan... Sampai di airport kk, abg khairul sudah menanti saya dan isteri untuk dibawa terus ke rumahnya. Dalam perjalanan tu sempat kami berbual lubuk2 baru. Banyak lubuk yang terdapat di sana cuma perlu tunggu masa sesuai seperti faktor cuaca, air dan umpan untuk menduga ikan disana. Akibat gegaran gempabumi yang berlaku luar negara sedikit sebanyak memberi tempias di kk dan sandakan. Ikan2 ini akan lari dan memang susah menjamah umpan yg dipasang. Jadi kami lari ke sungai yang bersambung dengan muara. Sungai di sekitar penampang pun ada pasang surutnya. Di lubuk berkenaan hanya menggunakan umpan roti sahaja.
Sampai dilubuk sungai, saya menggunakan umpan roti tadi dan baling ke port2 yang dirasa sesuai untuk habitat monster2 disitu sambil 1 lagi joran memang saya khas untuk casting. casting dengan menggunakan spon silver terus di baling di tepi2 air berhampiran tebing berumput. karauan perlahan yg pertama dengan spoon yg berkilat tiba2 disentap kuat dari dalam air, tanpa berlengah terus saya menyentap bagi memastikan mati kail terpahat padu di mulut ikan. Asakan ikan yang kuat itu berjaya memutuskan tali utama saya yang tidak menggunakan perambut, ikan itu pun melompat diatas air mengambarkan betapa gembira dapat memutuskan tali saya..huhu. Dari kelibat ikan yang saya sempat perasan yg menyambar tadi itu macam patin dalam anggaran 1 kilo lebih.. Kali ini saya tak mahu pisang berbuah lagi..hehe. jadi saya memasang tali perambut size 40 dan menggunakan gewang selaman dalam. Harap2 ada baung yg sudi menyambar seperti yang saya tengok dalam majalah pancing yg gewang selaman dalam ni memang habis lubuk2 bawah yg diterokainya..
Balingan gewang ke port tadi memang tidak menghampakan apabila karauan perlahan tadi disambar ikan. Panik juga masa tu bila ikan tu bawak lari gewang sehingga menghasilkan bunyi drag mesin. Saya mengepam joran bagi melemahkan ikan yg cuba lari ke dalam rumput2 di tebing, dalam pertarungan tak sampai 5 minit itu baru la muncul kelibat ikan haruan seberat 1.4 kilo. Setelah bergambar dan mencabut gewang di mulut haruan baru terperasan mata kail yang terkangkang besar, nyaris terlucut mata kail di mulut haruan. kalau dah rezeki memang tak kemana, Alhamdulillah.. Selepas tu datang pula penduduk kampung yg awal2 sudah menabur dedak untuk menjala@merambat udang di tempat kami mancing.. Hangin juga masa tu tapi dah tempat orang kan, so kemas2kan barang dan balik la..huhu.



Hari Kedua










Tangkapan hari kedua tidak memberangsangkan kerana aktiviti rambat @ menjala yang terlalu kerap di sungai yang kami mancing.. banyak ikan yg lari ke lubuk lain. Saya hanya mendapat seekor ikan kitang yang berasal dari laut. Lubuk di sini memang best kerana ikan merah, putih (GT), selunsung@ siakap yang masuk kedalam sungai ini melalui muara.. tetapi oleh kerana kerap kali menjala untuk sumber utama makanan penduduk disini menyebabkan ikan lari di hulu sungai...

2 Response to "Terjah Sungai Penampang,Sabah"

  1. Unknown Says:

    Boleh share tak tempat yang dipancing? Sy dari penampang jga

  2. Unknown Says:

    Hati mu

Post a Comment