Kolam Hj Jumatli a.k.a bapak mentua











































Perjalanan dari Kota Kinabalu ke Sandakan melalui jalan darat mengambil masa hampir 6 jam termasuk rehat di ranau untuk berhenti makan atau solat... Dalam perjalanan ke sana, banyak anak2 sungai yang kelihatan di tepi jalan dan di setiap perkampungan itu ada yang mengamalkan konsep tagal dengan kerjasama bahagian perikanan. Setiap jeram2 berbatu yang anda lihat semasa perjalanan membuat adrenalin anda geram untuk turun casting..
Sampai di rumah bapak mentua saya di Sandakan, terus terjah ke kolam peliharaan yg terdapat di belakang rumah sahaja. Kolam ikan ini terdapat 3 jenis ikan iaitu talapia hitam, talapia merah dan lampam sebesar tapak tangan. Saya, isteri dan kak ipar serta biras turun ke kolam untuk menduga kolam yg semestinya kalau mancing memang dapat..hehe. Dengan menggunakan pelampung memang seronok bila membiarkan pelampung ditarik ikan hingga ke dalam air. Isteri saya berjaya menaikan 3 jenis ikan tadi dan semuanya besar tapak tangan dewasa..kira ok la tu..biar isteri saya tau karan bila ikan sentap dan melawan daya juang ikan untuk dibawa kedarat..hehe.
Malam keesokannya, saya dan abg khairul menyusun perancangan untuk memancing di tembok berhampiran pasar sandakan.. dengan berumpankan udang dan sotong yg dibeli di pasar umum sandakan, angan2 untuk menaikkan ikan besar berlegar2 di kepala kami. Sampai sahaja tempat yg dituju, terdapat seorang pemancing yg khusyuk menanti sambaran ikan. kami pun mancing tak jauh dari pemancing tadi sambil berbual mengenai rekod yang berjaya dinaikkan disitu serta umpan2 yang sesuai. Menurut beliau, di situ banyak ikan putih(GT) yang kasar dan merah, jenahak dan banyak lagi.. setiap pemancing yang bertandang di situ ada yg joran melayang masuk kedalam air akibat sambaran ikan2 yang besar dan ada yang meletup mesin gara2 tak mampu menahan asakan ikan monster.. patut la saya tengok brader tu punya mesin agak besar jugak, mungkin betul apa yang diceritakan kepada kami. Dalam bual2 tu ada getuan di pancing kami tapi tak lekat. Malam tu memang takde hasil atau rezeki untuk kami. Mungkin faktor cuaca dan gegaran yang melanda di oversea seperti di manila dan disandakan juga pun terkena tempiasnya serta bulan terang yang melanda pada malam tu. Kami tetap gembira dengan info2 serta kami akan kembali lagi pada bulan 11 ini dengan harapan menaikkan ikan2 yang menjadi bualan disana. InsyaAllah.

0 Response to "Kolam Hj Jumatli a.k.a bapak mentua"

Post a Comment