Lombong Haruan




















Keinginan untuk menduga ikan lain seperti sebarau, patin, Pb dan lain2 seperti dalam majalah pancing atau sirip memang mengujakan saya. Tetapi atas masalah masa, kos, perancangan teliti dan member untuk mancing membuatkan perancangan terbatas begitu sahaja, saya hanya dapat lepaskan gian di lombong yang biasa saya memancing... itu dah memadai untuk melepaskan gian merasa sambaran@karan dari ikan. Trip lepas gian di sungai buloh dengan menggunakan gewang selaman dalam memang tidak menghampakan. Ada sahaja sambaran selepas gewang berada didalam air. Masa yang diperuntukkan untuk casting pun tak lama kerana ada urusan keluarga..Mancing tetap mancing tetapi keluarga perlu diberi keutamaan.

0 Response to "Lombong Haruan"

Post a Comment