Penangan baung sebelum ketibaan puasa dan Selamat Berpuasa kpd rakan2 pancing.. ;)









Assalamualaikum,
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan Selamat Berpuasa di bulan Ramadan Al Mubarak kepada semua rakan pancing di seantaro dunia dan semoga puasa kali ini lebih bermakna untuk kita sekeluarga..

Sudah lama rasanya tidak memancing.. Bila masuk bilik yg menempatkan joran kelihatan begitu usang kerana sudah lama tak beraksi di lubuk2.. Hari sebelum puasa iaitu pada sabtu petang rakan saya iaitu kay mengajak memancing di tanjung harapan.. Bila memikirkan yg kami asyik lah membawa gelama dan duri maka terus saya memberi idea untuk memancing disungai.. Sebelum ini saya ada baca trip2 otai2 p.net yang memancing patin dengan menggunakan roti canai sahaja telah sedikit sebanyak meracun minda untuk mencuba..

Maka hari dan waktu yg dijanjikan, kami terus ke tempat yg berpotensi ( lokasi lubuk asal mmg tak tau) yg turut dibantu oleh rakan pancing iaitu bukhari untuk membuka jalan kami kesana.. Atas keyakinan umpan roti canai yang digunakan tidak memberikan kami peluang untuk membawa bekalan umpan yang lain.. Maka..5 jam roti canai kami tidak disentuh hingga la ke 10 malam..hehe. Nasib baik ada rakan pancing dr semenyih memberitahu umpan hati ayam atau perut ayam yg boleh menarik monster disitu..

Setelah tiada langsung usikan, gegaran atau tamparan si ikan di dalam sungai, maka saya dan kay terus keluar ke pekan untuk mencari umpan hati ayam. Bayangkan kami tersesat pada malam itu untuk mecari umpan sampai ke banting, tesco dan giant nilai dan pasar besar serdang baru ada umpan dicari.. waktu masa tu jam 3 pagi, kami penuhkan perut dan basahkan tekak di pasar lalu terus ke lubuk asal untuk membalas dendam..

Suasana pada pagi itu memang indah dan tenang dengan kabus sejuk pada jam 7 lebih, ikan mula menampakkan diri dan kelaparan dalam jam 7.30 pg.. Masa tu banyak ikan dah mula timbul dipermukaan.. Umpan hati ayam yg dibeli tidak sia2 bila menerima banyak sentapan kasar.. Rakan saya kay dapat menaikkan 1 kilo lebih dan selepas itu ikan baung bersaiz hampir 3 kilo muncul di atas berhampiran benting kami.. Saya terus mencampakkan umpan kesitu dan 15 minit kemudian joran saya terus menyembah bumi.. Saya capai joran dan membuat satu sentapan kasar tetapi sayangnya joran saya tidak mampu melawan kekuatan ikan itu.. Ikan itu berjaya masuk ke lubuk nya dan alamat sangkut la.. Pagi tu memang galak ikan makan tetapi kami yg baru pertama kali di situ tidak tahu kawasan mana yang sangkut.. Kali ini kami akan datang lagi dengan joran kasar dan di situ pun ada udang galah yang berjaya dinaikkan oleh rakan pancing dr semenyih... Sekian jumpa lagi dan selamat berpuasa ;)