Kelong Bagan Lalang bersama team Group Pancing


Antara member dari group pancing - khalid, marzuki, ariff
dan saya..


Kelong ni agak kotor bila tak diselenggara dan dijaga dengan baik..



Port cantik tapi cuaca dan air tidak menyebelahi kami..


Ruang yang luas dan agak selesa..

Trip kali ini di anjurkan oleh member dari group pancing iaitu arif untuk menguji kelong en Nazri dari Bagan Lalang.. Saya sendiri pernah menghubungi en Nazri untuk memancing disana tetapi apabila masa tidak mengizinkan lantas segala plan yg dirancang tidak menjadi.. Apabila mendapat sms dari group pancing iaitu Arif, terus saya bersetuju untuk menyertai trip yang dianjurkan beliau. Sebelum trip kami sempat berjumpa untuk berbincang mengenai trip dan persediaan ke sana..

Hari yang ditunggu telah tiba dan kami terus ke Sepang dan sempat berhenti di kedai2 untuk membeli keperluan semasa di atas kelong. Sampai di Bagan Lalang dalam jam 6, kami terus berjumpa dengan tuan punya kelong iaitu en nazri yg memang sporting. Sementara menunggu bot kami sempat tapau dan berborak2 mengenai pengalaman2 memancing antara kami. Bot yang ditunggu telah sampai dan kami tidak berlengah untuk naik dengan harapan yg menggunung..

Hujan renyai2 mengiringi kami ke kelong.. Sampai di atas kelong, kami yang berbekalkan umpan udang hidup, udang mati, ikan kembung, umpun2 dan sotong mengimpikan tangkapan yang luarbiasa tetapi cuaca tidak menyelebahi kami.. kami sempat la memacak joran di tepi kelong dan berlindung di atas kelong yg berbumbung. Kalau takde memang lencun sampai pagi..
Semasa trip ini saya tak sempat lihat jadual cuaca yg mengenai bulan terang..mengikut pengalaman saya dan cerita orang2 yang berpengalaman yg bulan terang memang takde ikan2 besar.. Bila teringat kembali terus semangat memancing saya pudar.. Tapi saya teruskan la bila dah ada atas kelong.. Malam tu rakan hanya mendapat anak gelama dan ikan yg merupai belut..tak tahu apa nama ikan tu.. Mood nak amik gambar ikan dah tak ada.. Harapan siakap dan ikan2 lain dah lebur dibawa angin malam bersama hujan renyai2..huhu.

Hari tu tak ramai pemancing yg dapat ikan.. hanya ikan2 kecil je yg berjaya diperolehi. Saya sempat meronda2 diatas kelong melihat gelagat pemancing yang berada di kawasan menghadap laut manakala kami menghadap darat.. Trip kali ini saya jadikan pengalaman untuk belajar pasal cuaca, keadaan air dan angin.. Setiap pengalaman sedikit sebanyak mengajar kita dan rezeki kita hanya Allah lebih Maha mengetahui. Trip kali ini dapat menambah rakan2 pancing dan bertukar idea.. Terima kasih


2 Response to "Kelong Bagan Lalang bersama team Group Pancing"

  1. MyraAyreen ^^ Says:

    http://myraayreenmurshemellow.blogspot.com/

    Chakk Chakk ... laga laga pp dulu .. me datang Menjenguk .. sambil bace bace Entry yang very the buggy and buzz nih .. hehehe ..

    hit me back okey dear ..

  2. en_naz Says:

    ok Myra Ayreen..tq

Post a Comment