Lesen Kelah Pertama @ Kuala Kubu Bharu
















baby kelah

















Tempat dapat kelah
















lubuk potensi
















lubuk potensi















Apabila melihat gambar2 serbarau di majalah pancing dan sirip yang kasar2. Terdetik di hati untuk mengujinya tetapi tak tahu kat mana tempat boleh diuji di area KL. Saya yang bujang sementara akibat ditinggalkan isteri yang pergi ke kursus selama 2 minggu menambahkan lagi kebosanan dirumah..hehe. Maka tercetus idea untuk menanya lubuk2 pada kawan2 yang kaki pancing. Setelah bersms dan chatting dengan menggunakan yahoo messenger.. Satu trip ke Kuala Kubu Bharu telah termeterai..

Perjumpaan di stadium renang Selayang pada jam 8 dan sempat lah kami minum2 di area situ. Dalam perjalanan ke sana, fikiran dah terbayang2 sang sebarau yang badang2 menyambar rod lemax sambil mesin abu garcia berdecit2 menahan asakan ikan.. Tapi itu hanya imaginasi yang menemani perjalanan saya yang jauh untuk sampai ke lubuk2 harapan. Bila melepasi empangan disana, kami akhirnya berjaya menemui lubuk yang di idam2 kan. Kelihatan 2 anak beranak yang awal2 pagi sudah memancing.. Seorang wanita cina dan anak laki dalam lingkungan 11 tahun dan memang berani lah.. Kami sempat menemubual samada sudah mendapat hasil atau belum. Dengan senyuman dan mengeleng2kan kepala memang kami faham maksudnya. Ternyata cuaca dan kedinginan dalam air membuat ikan tidak mahu menyambar umpan. Kami yang dari jauh tidak patah semangat untuk mencuba. Dari jauh tempat wanita tadi memancing, gewang2 taruhan dikeluarkan. Kami mempelbagaikan teknik casting dan berapa kali mencuba di setiap tunggul2 kayu..tapi memang ikan tidak berminat atau pandang serong pada gewang2 taruhan..memang sedih..

Selama 1 jam casting dengan tanpa ada sambaran, kami berpindah ke lubuk lain..sampai sahaja di air terjun, terus kami mancing dengan menggunakan dedak yang sempat diadun dirumah. Ini ialah plan B bila ikan tak sambar semasa casting. Sedang leka menghayati keindahan panorama dan kedinginan di situ, tiba2 satu sambaran dari dalam air..terus saya menyentap bagi mengukuhkan mata kail..ikan yang masih tidak pasti apa spesisnya telah menyelinap dalam batu2 dalam air terjun. Saya terus masuk kedalam dan menyelam untuk mengeluarkannya...jangan tiru aksi ini ( air paras pinggang je..hehe). Setelah berjaya membawanya kedarat. Rupa - rupa seekor anak ikan kelah bila diamati betul2.. Apa yang di idam-idamkan tidak dapat dinaikkan iaitu sebarau tetapi bonus baby kelah telah mencipta satu lesen dalam diari perjalanan sebagai pemancing baru... Alhamdulillah.

2 Response to "Lesen Kelah Pertama @ Kuala Kubu Bharu"

  1. Che Mat Says:

    itu bukan kelah la bro.. itu TENGAS. nak tgk genuine kelah, sila tgk my blog: tor-tambra.blogspot.com

  2. Unknown Says:

    if you want the fish Kelah call me 0148099114...Harga Boley bincang..

Post a Comment