Life Jacket ~ Permulaan pancingan laut dalam


Life jacket - pemburuan bermula..


Minggu ni saya sempat ke kepong tackle untuk melihat model reel dan pelbagai aksesori memancing. Sempat la usha2 reel baru seperti daiwa, ryobi dan abu garcia.. Dalam syok2 window shoping, ada kwn ajak mancing dipulau ketam, apalagi dengan laju saya terus ke bahagian life jacket untuk melihat stok. Memang tinggal 2 stok iaitu hitam line silver dan oren. Bagi yang minat mancing di tengah laut, kalau tiada life jacket yang disediakan di atas bot, baik lupakan atau beli life jacket untuk keperluan sendiri.. Joran dan reel yang beratus-ratus boleh dibeli, inikan pula life jacket yang memang penting dalam arena memancing di laut dalam..Bersambung

Mancing tepi jeti - edisi kumpau 2


Pemandangan yang cantik tapi tak ada umpan udang hidup.


Spesis ikan karang dan baby kerapu yg sudi meluangkan masa..

Trip memancing disungai sebelum ini memang mengecewakan dan saya telah merancang untuk memancing di tepi jeti. Tempat baru ini memang telah disurvey oleh kami sebelum ini memandangkan tak banyak tempat memancing di pantai yang mempunyai ikan2 yang boleh menggerunkan kami. Di tepi jeti ini banyak terdapat ikan putih dan siakap. tapi kunjungan kami kesini mempunyai satu masalah iaitu tiada umpan udang hidup. Berbekalkan umpan udang mati yang dibeli di pasar inanam. kami mengharapkan sedikit rezeki untuk dibawa pulang.

Kebanyakan pemancing yang bermastautin di Sabah memang tak ramai yang memancing di tepi2 kerana kepupusan ikan yang mendiami berhampiran pantai. Ramai pemancing yang suka casting dan bottom akan memancing jauh dari kota sabah seperti di papar, gayang, kudat dan banyak lagi. Tapi ada tempat menarik di sekitar tlc untuk memancing pari dengan menggunakan umpan kemurak. Ikan pari dan siakap memang gemar dengan isi ikan ini yang di hiris, memang kompom joran melendut kebawah. Tapi kunjungan saya pada bulan 2 ini bukan masa yang sesuai kerana hujan hampir setiap hari disana, ombak kuat sampai batu besar yang dipakai pergi ke tepi semula bila membaling ketengah dan angin kuat. Saya pada mulanya dipelawa memancing dengan menggunakan bot fiber tapi menolak dengan baik kerana tiada persediaan rapi seperti life jacket dan cuaca yang tak menentu..

Walaupun tak dapat banyak ikan tapi yang penting dapat tambah rakan pancing disana melalui biras dan sedara. Lepas ni memang kompom bawa life jacket kesana..hehe. Apa pun matlamat sebenar untuk berehat sambil memancing. Bagi yang belum pernah sampai kesini cepat2 book ticket ke Sabah. Banyak tempat menarik seperti pulau manukan, pasar filiphine, tanjung aru, lepak di kundasang ( 1st point gunung Kinabalu) dan banyak lagi. Bagi pengemar seafood pula terdapat ikan gred A seperti jenahak, kerapu pelbagai jenis, uji rashid, kemurak besar ( belanak ) baby crab ( ketam lembut yang digoreng dan makan tanpa buang kulit) dan macam2 lagi.. Jauh lagi perjalanan memancing, luas lagi pemandangan yang diperolehi dan diterokai..

Repeat di sungai Moyoq - edisi kumpau 1


Port cantik tapi ikan cuti tahun baru cina juga..hehe


bersama abang ipar dan ikan baung berumpankan roti


Pelbagai gewang yang kurang mendapat sambutan.. tensen2




Tanggal 26 jan hingga 6 feb 2011, saya mengambil cuti panjang untuk merehatkan minda dan jalan2 serta mancing di Kota Kinabalu Sabah. Pada mulanya saya mahu balik dalam pertengahan tahun atau atas bulan march tapi bulan feb ini lah yang banyak cuti public holiday. Jadi tiket ke sana telah lama diaturkan bagi melaksanakan misi membalas dendam.. Sampai di airport, kak ipar telah sedia mengambil kami dan terus ke rumahnya. Malam tu juga saya terus membuka peralatan memancing dan terus memancing di pantai dan hasilnya ialah ikan duri serta sembilang.. Cuaca di sabah tidak begitu mengembirakan bila hujan renyai2 yang berpanjangan dan lebat pada hari-hari disana. Laut pula bergelora dengan angin kuat dan memang menakutkan untuk memancing dengan menggunakan bot fiber yang telah tersedia untuk kami memancing.

Hari ke 2 disana saya kembali memancing di sungai moyoq dimana sebelum ini pernah mendapat ikan haruan seberat 2 kilo. Trip ini kami memancing dasar dengan berumpankan roti dan casting. Semasa balingan pertama di tengah sungai, joran saya tiba2 melendut kehadapan dan lantas tangan saya terus menyentap joran dan muncullah baung anggaran 800 gram berjaya dinaikkan ke atas. Kemudian selepas itu tiada lagi sambaran dan kami menyambung casting selepas itu dan masih lagi tiada sambaran. Tapi alhamdulillah ada juga rezeki untuk dibawa balik walaupun seekor..hehe. Kami berkemas dan terus balik untuk merancang aktiviti seterusnya..