Gelama di Pengkalan Balak, Melaka

Tuesday, May 4, 2010 9:01 PM Posted by en_naz






Jumaat lepas saya mendapat panggilan dari abg yang menetap di Melaka. Beliau memberitahu yang dia baru sahaja membeli joran pancing dan tak sabar2 nak mengujinya. Lalu dia mencadangkan memancing di pantai pengkalan balak yang terletak di tengah2 antara Bandar Melaka dan Masjid Tanah. Trip terjah pantai ini disertai oleh saya, abg wan dan 2 sepupu iaitu abg pai dan alif. Perjalanan yang mengambil masa dalam sekitar 35 minit tidak terasa kerana mata tertumpu pada suasana kampung yang bersih dan rancak berbual mengenai umpan serta ikan yang biasa dinaikkan di situ.

Semasa sampai di pengkalan balak, terdapat ramai pengunjung yang sedang memancing dan ada juga keluarga datang beriadah membawa anak2nya yang bermandi manda di tepi pantai. Dipantai itu juga turut ada yang memasang khemah, panggang ayam dan bermacam2 lagi aktiviti yang meriah boleh dilihat disana. Setelah melihat gelagat2 pengunjung, kami berpakat untuk lepak diwarung2 tepi pantai untuk perkena teh tarik dan goreng pisang yang bercicahkan kuah sambal yang pedas2 manis sebelum memulakan aktiviti memancing.

Tepat jam 6 petang, kami terus memulakan aksi masing2 dengan menggunakan umpan umpun2 halus dan kasar. Terdapat banyak getuan dari anak2 ikan dan hinggalah satu sentapan kuat hingga terjatuh joran saya. Tapi sebab saya yang leka menguruskan joran lagi satu menyebabkan lambat membuat sentapan kuat pada joran yang jatuh tadi, melepaslah jawabnya.
Semasa cuaca semakin gelap, kami dapat menaikkan banyak anak gelama. Abg wan pula berjaya mendapat lesen untuk joran baru dia..Tahniah...hehe.

Makin malam makin ramai yang datang memancing di area port kami. Ini menunjukkan jumlah pemancing di Melaka semakin bertambah. Penambahan jumlah ini sedikit sebanyak menaikkan industri ini secara profesional dan tokey2 kedai pancing mula tersenyum bila ada yang datang membeli peralatan serta aksesori memancing. Tapi kedai2 di Melaka masih mahal kalau nak banding dengan KL. Tapi apakan daya, bagi perantau macam saya mmg boleh cari di sekitar Pudu, PJ atau Kepong. Tetapi kat Melaka masih lagi tak banyak saingan untuk kedai2 pancing. Kesimpulanya harga memang kena pandai2 minta diskaun. Kemudian ada kedai yang kekurangan aksesori dan peralatan serta kedai yang jauh untuk mendapatkan apa yang kita dihajati...

Berbalik pada cerita tentang ikan yang kami dapat, tiada lagi getuan di hujung2 joran bila jam menunjukkan 11 malam keatas serta disusuli tanda2 air sedang surut... Kami berpakat untuk mengemas2 balik.. Kami bersyukur apa yang kami dapat dan akan kembali lagi ke sini dengan umpan2 yang menarik..

0 Response to "Gelama di Pengkalan Balak, Melaka"

Post a Comment