9 Bulan yang Teristimewa..














(Pic illustrasi dari blog)


Assalamualaikum dan Selamat menyambut Hari Raya Haji yang akan bakal tiba dalam minggu depan..
Dengan lafaz bismillah, saya dengan rasa bersyukurnya diatas 9 bulan yang teristimewa.. Dengan izin Allah dan  kurniaan rezeki dariNya. Saya bakal akan menjadi Ayah pada bulan 2 tahun depan, InsyaAllah.

Ketiadaan cerita mengenai pancing atau trip memancing mungkin ada yang berfikir yang saya telah bersara di dunia hanyir ini. Sekarang saya sedang bertapa seperti gambar diatas..hehe..Sebenarnya saya berehat dari segala aktiviti memancing dan menghormati pandangan orang yang lebih lama dalam bidang ini dan nasihat-nasihat dari family dan lebih-lebih lagi menghargai masa selama 9 bulan ini bersama dengan isteri tersayang beserta anak didalam kandungan... Tahun ni saya akan sentiasa bersama isteri dan bekerja keras untuk persiapan akan datang..

InsyaAllah jika dipanjangkan umur dan sihat tubuh badan.. Dunia pancing akan bersinar dengan kemunculan saya yang akan meramaikan trip2 mancing, menambah rakan2 dan juga membuat untung kepada kedai2 pancing.. hehe

Oh ya saya sebenarnya saya buat tee shirt printing, tak sabar nak hasilkan baju2 memancing untuk trip2 atau baju mancing untuk di pakai harian atau koleksi.. Masa begitu mencemburui saya untuk menghasilkan rekaan.. tetapi insyaAllah saya akan cuba mencuri masa untuk menghasilkannya.. Bagi rakan2 pancing boleh add saya di akaun FB (pemancing tegar)untuk merapatkan lagi silaturrahim.. Walaupun kita berbeza dari segi umur, pangkat, bangsa dan agama.. tetapi dalam dunia hanyir ini, kita tetap sama sebagai pemancing tegar..  Jumpa lagi.    ;)





Patin mengamuk..


Suasana yang menenangkan jiwa..


Kay dengan Patin terbesar pada malam tu..


Alhamdulillah hasil lama tak mancing..

goyang kepala lutut lama x kena karen..hehe


Assalamualaikum semua sahabat mancing..

Setelah sekian lama merehatkan diri akibat kesibukan. Plan memancing telah ditetapkan pada sabtu malam. Saya dengan sahabat iaitu kay telah merancang untuk melepaskan gian di kolam bayar.. Trip yg disertai sepatutnya ramai tapi Aizat dan rakan lain x dapat sebab ada trip di sungai Tembeling. Walaupun berdua tetapi matlamat malam tu mesti dilaksanakan..hehe.

Lepas isya kami bertolak ke kolam mancing, suasana disana mmg meriah kerana ada karoeke disediakan.. Menyanyi sambil memancing pun boleh..hehe. Oleh kerana malam tu artis undangan yg menyanyi tidak begitu menyenangkan so ikan tak berselera nak makan umpan kami pada 1 jam permulaan..hehe.

Selepas sejam memancing ikan mula menunjukkan belang.. Set joran ringan yang digunakan saya memang karen dengan melayan tarikan dari sang patin... Selepas tu naik lagi hingga la azan subuh baru la set joran kay mengena abang patin.. Kalau kena joran saya mmg susah nak bawak naik dengan ketiadaan tangguk. Alhamdulillah rezeki kami malam tu dapat merasa karen setelah sekian lama membiarkan joran bersawang..huhu..