Repeat di sungai Moyoq - edisi kumpau 1


Port cantik tapi ikan cuti tahun baru cina juga..hehe


bersama abang ipar dan ikan baung berumpankan roti


Pelbagai gewang yang kurang mendapat sambutan.. tensen2




Tanggal 26 jan hingga 6 feb 2011, saya mengambil cuti panjang untuk merehatkan minda dan jalan2 serta mancing di Kota Kinabalu Sabah. Pada mulanya saya mahu balik dalam pertengahan tahun atau atas bulan march tapi bulan feb ini lah yang banyak cuti public holiday. Jadi tiket ke sana telah lama diaturkan bagi melaksanakan misi membalas dendam.. Sampai di airport, kak ipar telah sedia mengambil kami dan terus ke rumahnya. Malam tu juga saya terus membuka peralatan memancing dan terus memancing di pantai dan hasilnya ialah ikan duri serta sembilang.. Cuaca di sabah tidak begitu mengembirakan bila hujan renyai2 yang berpanjangan dan lebat pada hari-hari disana. Laut pula bergelora dengan angin kuat dan memang menakutkan untuk memancing dengan menggunakan bot fiber yang telah tersedia untuk kami memancing.

Hari ke 2 disana saya kembali memancing di sungai moyoq dimana sebelum ini pernah mendapat ikan haruan seberat 2 kilo. Trip ini kami memancing dasar dengan berumpankan roti dan casting. Semasa balingan pertama di tengah sungai, joran saya tiba2 melendut kehadapan dan lantas tangan saya terus menyentap joran dan muncullah baung anggaran 800 gram berjaya dinaikkan ke atas. Kemudian selepas itu tiada lagi sambaran dan kami menyambung casting selepas itu dan masih lagi tiada sambaran. Tapi alhamdulillah ada juga rezeki untuk dibawa balik walaupun seekor..hehe. Kami berkemas dan terus balik untuk merancang aktiviti seterusnya..

0 Response to "Repeat di sungai Moyoq - edisi kumpau 1"

Post a Comment