XPDC ke Semenyih

































Ekspidisi ke semenyih yang dirancang tidak begitu lancar. Perjalanan yang dirancang tengahari menjadi ke petang akibat kelewatan mekanik yang membaiki motor has ( rakan kolej ). Perjalanan yang hampir sejam ke tempat mancing dan cuaca yang semakin gelap merisaukan saya sebab nak set khemah, set joran, tabur belerang sekeliling khemah dan tempat mancing serta buat unggun api bermain dalam kepala. Sampai tempat yang dituju, terus kami memasang khemah dan apa yang dirancangkan sebelum memancing. Setelah selesai kami berehat sekejab dan memulakan tugas sebagai pemancing..hehe.
Berbekalkan umpan cengkerik yang dibeli di kedai berhampiran rumah serta umpan dedak yang dibikin malam sebelumnya menjadi harapan untuk menaikkan ikan2 dilubuk berkenaan.. Bulan terang dan nyamuk menjadi peneman kami malam tu sementara menunggu ikan memakan umpan.. Anak2 ikan yang asyik menyerang umpan kami memang menyakitkan hati.. Dalam leka bertepuk tampar menghalau nyamuk, joran Hasz mendapat sambaran dan dengan mudah menaikkan anak lampam yang mengacau umpan.. lepas tu joran kami senyap tanpa sambaran hingga jam 10.30 malam.. Dalam masa kami berbual2 tiba2 loceng yang dipasang pada joran hasz berbunyi.. hasz terus menyambar jorannya dan mengarau laju dan kelibat ikan mula muncul di permukaan air, seekor baung anggaran 500 gram berjaya ditewaskan. Dalam kegembiraan meraikan ikan yg lama kami tunggu dari tadi, loceng di joran saya pula berbunyi..Terus saya mengarau tanpa melakukan sentapan, memang terasa berat tapi apakan daya terlepas sebab mata kail tidak menembusi mulut ikan..takde rezeki jawabnya..selepas tu tiada lagi getuan dari ikan..kami pun kemas2 dan masuk tidur kerana keletihan. Keesokannya pula saya sempat casting dalam jam 7 pagi..tapi takde sambaran dan kami sepakat untuk balik. Walaupun tidak dapat ikan tapi kami gembira dapat melihat keindahan dan panorama di air terjun, empangan dan bukit Ampang. Dalam perjalanan, kami mencari pam minyak untuk memenuhkan tangki kami..jalan punya jalan cari petronas dan shell tapi tak jumpa, dari jauh kelihatan satu pam minyak tapi reka bentuknya yang lain mengundang pertanyaan..bila sampai je kelihatan pam minyak Teguh.. Rupanya ada lagi pam minyak selain dari esso, shell, petronas, project dan mobil.. hehe. Kesimpulannya ialah "Jauh lagi perjalanan, luas lagi pemandangan"..

0 Response to "XPDC ke Semenyih"

Post a Comment