Melayan Patin di Kolam Bayar bersama isteri..


Terdapat 3 kolam disini yang ada bersaiz mega..


Kucing ini peneman kebosanan kami..


Patin yg berjaya dijinakkan..


bersama isteri yang setia menemani...hehe




Hari minggu yang lepas, saya sempat ke kolam mancing sambil ditemani oleh isteri tercinta.. Sebelum memancing sempat perkena siakap 3 rasa dari air tangan isteri, mata pula mula mencemburui masa untuk menguji umpan baru, maka lepak dulu smpi ke petang dan masa terbuang begitu sahaja.. Petang tu saya gagahkan juga untuk membuat persediaan umpan dedak dan roti berperisa campuran yg diimport dr perak.. Atas dasar itu la semangat untuk menguji umpan baru membuak2..hehe.

Saya sebenarnya kurang arif pasal kolam2 bayar ini... Macam2 umpan dan dedak yang saya dapat tahu dari rakan2 kolam, ada yg berhasil dan ada yg kumpau.. Tapi bila saya ke kolam kundang, ada rakan pancing dr selayang sempat berkongsi pengalaman mengenai umpan dan masa yang sesuai untuk menjerat ikan mega yang berada didasar kolam. Menurut beliau, umpan roti dengan berperisa vanilla, pandan atau strawberi serta dedak yang digunakan memang berbeza untuk menaikkan patin2.. ikan patin yang bersaiz 6 kilo kebawah gemarkan roti bersama campuran perisa diatas tadi.. Manakala umpan dedak pula berkemungkinan menaikkan ikan patin bersaiz 6-15 kilo yang ada didalam kolam itu. Tetapi sayangnya, umpan dedak itu masih dirahsiakan dari beliau..huhu.

Ini tidak mematahkan semangat saya untuk cuba dan cuba walaupun tokey kolam tersenyum melihat kedatangan saya.. Malam tu dedak yg digunakan oleh saya tidak menjadi..ada la tarik2 tapi tak ngap skali gus..mungkin anak2 ikan yang kelaparan.. Teknik mata kail pun salah satu faktor.. Dengan umpan roti, saya 2 kali terlepas ikan dan seekor berjaya dibawa keatas.. Alhamdulillah ada rezeki untuk dibawa balik.. Teknik dan umpan memang penting untuk memikat ikan mega dikolam itu dan kalau dah rezeki memang tak kemana..


1 Response to "Melayan Patin di Kolam Bayar bersama isteri.."

  1. Bro hantu Says:

    Masukkan Blog anda ada disini Myrodreel

Post a Comment