Malam Maal Hijrah di Kuala Selangor


4 pemancing mencuba nasib


Banyak ikan duri mengacau umpan


Alhamdulillah dapat seekor udang galah


udang galah dan ikan gelama


Assalamualaikum w.b.t..
Tak terlewat lagi untuk saya mengucapkan selamat menyambut tahun baru 1432 & Salam Maal Hijrah buat semua rakan2 memancing tak kira dimana jua anda berada.. Moga-moga segala amalan pada tahun sebelumnya diterima Allah dan tahun baru ini dimurahkan rezeki serta dipanjang umur dalam menikmati kesyukuran diatas nikmat dari Maha Esa dan memperbaiki diri untuk menjadi hamba yang diredhai serta memperoleh kejayaan.

Bagi pemancing2 diluar sana, sempena tahun baru ini diharap kita dapat mengamalkan sikap yang terbuka seperti mengamalkan sikap tangkap dan lepas bagi ikan2 kecil dan memupuk sifat sabar.. Tak ramai yang berminat dengan dunia hanyir ini atas sebab2 faktor ikan lambat makan atau langsung tiada tangkapan.. Kita patut bersyukur sebab hobi ini mengajar kita erti kesabaran dan redha dengan rezeki yang diperolehi..

Malam tahun baru saya dan aizat serta rakan2 beliau mempunyai trip untuk menaikkan udang galah di jambatan Kuala Selangor. Umpan pilihan ialah udang beras dan udang putih yang perlu dibawa untuk menjerat udang galah serta ikan2 yang sudi. Di awal kedatangan kami, air surut menyambut kedatangan kami.. Dalam sekali baling, joran saya mula ditarik2 lembut. Saya terus menarik dan menggulung tali dengan pelahan2 keatas.. Akhirnya seekor udang galah berjaya dinaikkan dan joran rakan2 lain pun mula menunjukkan kehebatannya.. Tetapi tak sempat untuk kami bergembira, air mula pasang dan udang2 terus lari ke muara dan ikan2 duri pula mengacau umpan..

Trip memancing udang tetap diteruskan tetapi joran lebih yang dibawa terus dipasang untuk memancing ikan2 yang sudi memakan umpan udang putih yang dibawa dari rumah. Banyak ikan duri dan gelama sudi melayan kami sampai ke pagi. Setelah umpan habis kami terus balik dengan azam baru untuk memperbaiki teknik kami dan bersyukur atas rezeki yang diberikan pada malam tahun baru..

0 Response to "Malam Maal Hijrah di Kuala Selangor"

Post a Comment