Misi Membalas Dendam di Dungun ( siang )

Tuesday, July 6, 2010 8:18 PM Posted by en_naz








Alhamdulillah diatas kejayaan trip yang dirancang bersama otai2 selamat pergi dan balik ke kl..
Trip kali ini saya bersama staf opis iaitu faizal, abg jamil dan kawan2 nya yang otai2. Saya yang masih baru ni mmg kena buli la masa trip ni..haha.. Trip kali ni juga saya pakai baju candat sotong semasa trip seblum..( balas dendam trip lepas yg bangau ).. Kami bertolak dari KL jam 12 pagi iaitu selepas brazil kena belasah dan sampai ke hentian Temerloh untuk berehat dan bertukar pemandu bagi mengelakkan kejadian yang tak di ingini.. Sampai di Dungun pada jam 6, kami berhenti rehat dan solat di jeti dungun. Selepas selesai kami mencari port makan yang berhampiran pasar untuk mengisi perut sebelum naik bot pada jam 8 pagi. Selepas makan kami terus ke jeti untuk naik bot.

Semasa bot sedang dalam perjalanan ke port2 unjam.. kami sempat tidur untuk caj balik tenaga sebelum aktiviti pancing appolo bermula.. Trip ini banyak memberi pengalaman pada saya yang tak pernah mancing appolo iaitu dengan menggunakan mata kail yang disaluti benang plastik yang berkilat2.. dan terdapat pelbagai jenis appolo yg kami bawak semasa trip ini.. Teknik ni memang senang untuk mendapat ikan saiz hidangan dan untuk di buat umpan bagi ikan mega..
Pakej yang disediakan untuk kami sebenarnya memang termasuk umpan ikan tapi kami kena juga mancing untuk stok 2 hari 1 mlm.. So kalau dapat memang fresh lagi umpan untuk ikan2 mega dibawah. Trip ini juga lah pertama kali saya tengok pemancing otai yang menggunakan mesin bangla.. Teknik umpama hanya dihujung jari sahaja..hehe. tapi memang berkesan bila menggunakan batu ladung besar.

Selepas umpan sudah cukup, kami terus ke port2 yang dikenal pasti banyak ikan. Tekong memang tidak menghampakan.. otai2 di sebelah saya menaikkan 4 ekor ikan tambak yang saiz anggaran 1 kilo lebih manakala saya pula naik kerisi yang comey2 lagi.. Menurut otai2, teknik tu penting.. Arus dibawah masa tu memang laju, kami kena gunakan batu2 yang lebih berat lagi..memang penat la mengarau bila tukar umpan..hehe. Cuaca yang mendung membuatkan kami tak sedar dah tengahari.. Tekong yang sediakan makanan tengahari pun tak perasaan bila ikan sudah mengena joran..hehe. Kami berehat makan dan sambung aktiviti appolo serta berehat.. Ini kerana air dan waktu memang tak sesuai sebab ikan pun belum rancak dan mengamuk..hehe.. sambungan ke part 2 ( malam )


0 Response to "Misi Membalas Dendam di Dungun ( siang )"

Post a Comment