Melangkah dikolam bayar..












Hujung minggu biasanya saya akan melepaskan gian dikolam berbayar di kampung melayu subang..itu antara port yang biasa pergi dan 1 lagi di kolam area SJMC. Pelbagai spesis ikan yang bermaustatin dikolam itu seperti pacu, patin, rohu, keli dan talapia.. Trip terjah kolam turut diikuti oleh isteri tersayang. Berbekalkan umpan dedak dan hati ayam. saya menggunakan teknik pelampung dalam misi menaikkan ikan2 yang bermaharaja lela dlm kolam tu..hehe. banyak kali terlepas akibat kecuaian...leka duk tengok orang lain dapat ikan..hehe.. Trip selama 2 jam tu hanya berjaya menaikkan sekor pacu..tensen juga la banyak terlepas.. tapi yang penting teknik pelampung dengan umpan hati ayam dan dedak berjaya mencairkan pacu dan patin..cuma rohu je kena guna teknik lain iaitu mata kail rambai.. saya pun baru belajar pasal dedak campuran2 ni.. Kesimpulannya ialah mancing kt kolam ni kena fokus kalau guna pelampung.. kalau leka memang tak perasan pelampung tenggelam di tarik ikan...

0 Response to "Melangkah dikolam bayar.."

Post a Comment