Abu garcia ( Cardinal 304 )













Penghujung tahun 2009 saya telah menambah koleksi mesin spinning mancing dengan kehadiran Abu Garcia Cardinal yang mantap dan cun rekabentuknya.. dengan 7 bearing memang lancar dan senyap.. Masa mula2 menceburi bidang mancing dizaman sekolah saya pernah menggunakan mesin dari jenama ryobi..memang best sebab banyak lesen yang berjaya diperolehi seperti toman, talapia, haruan, puyu, udang galah, ikan lampam dan banyak lagi.

Kemudian bila sambung belajar di Ipts dan sibuk dalam urusan kerja, aktiviti mancing telah lenyap dalam minda saya. Ditambah lagi kehilangan mesin mancing melunturkan semangat juang dalam aktiviti memancing tegar saya. Pada tahun 2006 saya telah menyambar mesin jenama pen dan joran figo di area puchong. Rakan saya yang meracun kembali semangat mancing dan kini saya kembali dalam aktiviti dunia permancingan..hehe
Sekarang ni saya menambah ilmu dengan teknik casting guna gewang2 dan mahu menambah lagi koleksi mesin seperti shimano baitrunner d dan banax..banyak lagi perlu di pelajari dan mengetahui selok belok tentang mesin2 dan teknik2 dalam dunia mancing.

0 Response to "Abu garcia ( Cardinal 304 )"

Post a Comment