Pelancaran blog perjalanan memancingku..

Assalamualaikum w.b.t...

Alhamdulillah, akhirnya saya berkesempatan untuk meluahkan perasaan dan ingin berkongsi minat dan ilmu pengetahuan dalam dunia memancing serta menambah lagi rakan2 dalam dunia hanyir lagi panas..hehe.

Dibesarkan dikampung memberi sedikit sebanyak ilmu memancing untuk mengembangkan lagi bakat2 saya di kota metropolitan ini.. tp sayangnya tak banyak port atau kawasan yang boleh di terjah..kebanyakannya jauh atau perlu keluarkan kos untuk mancing di kolam bayar.. kalau dikampung banyak sungai, kolam dan empangan yang mengalu2 kan kedatangan bg pemancing2 tegar. Banyak pilihan untuk dicuba, tapi saya lebih tertarik dengan memancing udang dan haruan. Masa tu tak tahu nak mancing ikan lain..hehe..

Waktu cuti sekolah, saya banyak habiskan masa mencari katak unjun disawah untuk casting haruan dan memancing puyu, kalau melaka panggil ikan betuk. umpan pilihan ialah cacing yang diimport dari belakang rumah arwah nenek memang tidak pernah menghampakan setiap kali turun mancing. Dari berjinak2 dengan ikan sawah dan sungai, saya mengembangkan lagi jajahan ke empangan durian tunggal. Di empangan tadahan air melaka itu terdapat pelbagai spesis ikan seperti talapia hitam, sebarau, pacu, ikan haruan bodoh, toman dan tapah. Tapi ikan tapah saya tak pernah nampak orang naikkan lagi.. ikan kat situ memang saiz tong drum. pernah terjadi ikan sambar monyet tak jauh dari kawasan saya mancing.. Peristiwa itu membuatkan saya dan rakan tak berani mandi di tepi2 tasik..

Setiap detik dan secubit pengalaman itu saya bekalkan di kota ini untuk melepaskan gian mancing serta mencari ketenangan dengan ciptaan yang Maha Esa. Minat mancing ini baru bermula setelah lama terhenti atas urusan kerja dan ini tak membantutkan semangat untuk belajar tentang tips untuk mancing pantai dan laut dalam.. Perjalanan ini masih jauh dan ia perlukan ilmu dan rakan2 yg lebih berpengetahuan dlm dunia mancing..dulu saya lebih mancing sungai, tasik dan kolam.. sekarang ni cuba2 belajar mancing pantai dan insyaAllah nak cuba mancing laut dalam..

Dengan kelahiran blog ini dapat berkongsi minat dan ilmu memancing serta merapatkan saudara sesama muslim.. Dengan rakan saya yg setia memancing di kl (kay) , abg saya ( wan ) melaka dan abg ipar (khairul) yang berada di kota kinabalu sabah mengembangkan lagi jajahan mancing saya dalam blog mymancing.. Dan yang paling penting ialah kelulusan pasport mancing dari isteri tercinta...hehe

0 Response to "Pelancaran blog perjalanan memancingku.."

Post a Comment