TM Fieasta - Cabaran Candat Sotong (K.Terengganu)



Jum rakan2 pancing join candat sotong di Kuala Terengganu pada 29 may 2010..

Dua hari lepas, saya sempat terbaca status rakan lama di facebook yang mengatakan ada pesta candat sotong di Kuala Terengganu.. Setahu saya tahun lepas dia pernah mempelawa saya untuk join tapi ada masalah2 yang tak dapat dielakkan..Tapi tahun ini saya tak mahu lepaskan peluang dan terus saya hubungi rakan kerja lama yang bernama tasha.. Saya terus confirmkan tempat untuk 4 orang termasuk isteri dan 2 lagi rakan untuk mencukupkan 10 orang dalam satu team. Setelah diberi nama dan maklumat penuh untuk menyertai candat sotong..saya membaca borang yang dihantar ke email saya.

Rupa2 nya pesta candat sotong tu ialah satu pertandingan anjuran TM dan menawarkan pelbagai hadiah.. Satu lagi bonus kalau dapat memenangi salah satu yang ditawarkan. Tetapi misi saya yang sebenarnya ialah untuk naik bot sambil memancing di tengah2 lautan.. Itu matlamat saya yang sebenarnya itu menguji dan mengesahkan status sebagai pemancing yang boleh diajak ke laut dan kedarat..hehe. Saya kehausan ilmu memancing dilaut dalam, maka fiesta candat sotong ini ingin saya jadikan platform yang pertama untuk merasai nikmat memancing dan mempelajari pelbagai teknik2 dari rakan2 dan tekong2 yang berpengalaman. Paling utama dan penting ialah harap2 saya tak mabuk laut..hehe.

Team candat sotong yang diberi nama team mymancing ( strategi marketing..hehe ) ini dibarisi dengan rakan2 kerja lama iaitu tasha dan suaminya ijmal(rakan sayajuga), isteri (yang memberi sokongan) dan rakan2 isteri ( yang dah kena racun..walaupun tak minat mancing) yang masih mentah lagi dalam dunia hanyir ini berharap pengalaman ini memberi langkah panjang untuk memancing sambil menyokong aktivti-aktiviti pertandingan berbentuk riadah dan mengeratkan lagi hubungan sesama saudara islam dan bukan islam yang kaki pancing.

Dalam keriangan menanti waktu mencandat sotong sambil memancing ini, saya terlupa yang set2 pancing saya hanya mampu membuatkan ikan2 ditengah laut mentertawakankan senjata yang diguna pakai. Alamatnya memang saya kena survey2 la set baru di kedai..huhu..

2 Response to "TM Fieasta - Cabaran Candat Sotong (K.Terengganu)"

  1. matpi Says:

    saya sukalah blog ni, dapat banyak tempat nak pergi mancing. aku geram kat ikan besar-besarlah.
    aku nak post kat blog aku boleh tak?

  2. en_naz Says:

    Terima kasih..blog ni masih kekurangan info2 dan teknik2 bro.. saya pun masih banyak belajar..heehe

Post a Comment