Trip kolam bayar penghujung Ramadhan


Umpan pilihan


Aizat dan kay


Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakan2 pancing..
Sebelum ketibaan 1 syawal, saya berpakat dengan kay dan aizat untuk lepas gian di kolam mancing berbayar di area tasik kundang. Malam tu selepas berbuka kami terus berkumpul dipejabat aizat yang tak jauh dari rumah saya.. Rancangan awal ialah nak mancing di area subang tetapi bila memikirkan jarak antara segambut dan sungai buloh jadi kami terus bersetuju untuk cuba nasib disana.. Umpan yang dipertaruhkan ialah hati dan dedak campuran..

Sampai di kolam tasik kundang terus kami mencari port2 yang baikkk punya.. Malam tu tak banyak gambar yang sempat dirakam dan rezeki berpihak pada kay dan juga aizat.. Dalam minit2 terakhir joran aizat nyaris masuk dalam kolam akibat sentapan kuat dari kolam.. Joran beliau melengkung tahap U dan tali mono tidak mampu menahan asakan dari dalam kolam menyebabkan aizat gigit jari.. Takde rezki nak bawak ikan besar naik atas..hehe. Kami akan fight balik lepas raya insyaAllah..

Camping di Port Dikson.. Pd tiada lagi ikan atau buaya dah berkuasa disitu??


Port menarik tapi kumpau


Sama juga kumpau


Malam tu hujan lebat.. Nasib sempat pasang khemah


Hasil dari Muara Sepang


Adakah ikan dah lari sebab kemunculan buaya??

PORT DICKSON – Jika sebelum ini kehadiran buaya di pantai peranginan di Port Dickson sering dinafikan oleh banyak pihak, namun semalam persoalan itu terjawab apabila seekor buaya tembaga betina ditemui di pantai Ixora Permai, Tanjung Agas dekat sini. Reptilia pemangsa itu dijumpai terapung-apung oleh tiga orang pekerja binaan pada pukul 12.45 tengah hari ketika mereka sedang memancing di kawasan berkenaan. Seorang daripada mereka, Suhaimi Salim, 35, berkata, dia dan rakannya yang sedang asyik memancing terkejut apabila ternampak objek yang pada mula disangka kayu.