Trip kolam bayar penghujung Ramadhan


Umpan pilihan


Aizat dan kay


Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakan2 pancing..
Sebelum ketibaan 1 syawal, saya berpakat dengan kay dan aizat untuk lepas gian di kolam mancing berbayar di area tasik kundang. Malam tu selepas berbuka kami terus berkumpul dipejabat aizat yang tak jauh dari rumah saya.. Rancangan awal ialah nak mancing di area subang tetapi bila memikirkan jarak antara segambut dan sungai buloh jadi kami terus bersetuju untuk cuba nasib disana.. Umpan yang dipertaruhkan ialah hati dan dedak campuran..

Sampai di kolam tasik kundang terus kami mencari port2 yang baikkk punya.. Malam tu tak banyak gambar yang sempat dirakam dan rezeki berpihak pada kay dan juga aizat.. Dalam minit2 terakhir joran aizat nyaris masuk dalam kolam akibat sentapan kuat dari kolam.. Joran beliau melengkung tahap U dan tali mono tidak mampu menahan asakan dari dalam kolam menyebabkan aizat gigit jari.. Takde rezki nak bawak ikan besar naik atas..hehe. Kami akan fight balik lepas raya insyaAllah..

0 Response to "Trip kolam bayar penghujung Ramadhan"

Post a Comment