D'Jarak bersama Pancing.net - Hari pertama


Antara member pancing.net


Bersiap sedia memunggah senjata diatas bot


Keletihan menunggu bot sampai ;)


Bersama otai ewak dan jimmy semasa bot baru berlepas..


Cottai dan mamu serta gerut2 yang saya dapat dari kedalaman 100 meter


Aizat dan cottai menunjukkan skill masing2..


Antara juadah tengahari yang mantap..


Senangin dan gerut2..


Ikan gerut2 dan Mayong menyerang pada hari pertama..


Assalamualaikum,

Terlebih dahulu saya mengucapkan syukur ke hadrat illahi kerana selamat pergi dan balik ke pangkuan isteri dan keluarga yang risau diatas keselamatan selama 3 hari 2 malam ditengah
laut... Perancangan untuk berjumpa di petronas Sg Besar pada jam 7 pagi memang berat untuk bangun sekitar 3.30 pagi untuk mandi dan bertolak dari segambut. Tetapi kalau dah namanya mancing, apa pun sanggup diredah. Dalam perjalanan ke sana, saya menaiki kereta aizat (groupPancing) dan mengambil masa hampir 2 jam untuk tiba di tempat perjumpaan antara member2 pancing.net sebelum bersarapan di restoran sekitar sg besar. Setelah sesi perkenalan dan sarapan pagi selesai.. Ewak selaku organizer keluar mencari ikan untuk dibuat umpan. Trip ini kami menggunakan sotong kurita, ikan selar dan sotong.

Setelah semua selesai, kami berkumpul di jeti dan bot masih tidak kelihatan.. Walaupun lambat tetapi geng p.net ni masih ceria menanti..hehe..syabas2. Bot yang ditunggu telah tiba dan kami tanpa berlengah terus memunggah barang dan senjata2 di atas bot.. Maka misi pun bermula.. Dalam perjalanan saya agak gerun bila melihat senjata moden yang dikeluarkan oleh geng2 p.net.. Mesin automatik pelbagai jenama menjadi harapan untuk perjuangan yang bakal tiba manakala saya dengan senjata manual untuk digunakan pada kedalaman 100 meter.. Memang bengkak la ketiak dan panjang tangan seperti yang digembar gemburkan bagi yang tidak memiliki mesin automatik a.k.a bangla.

Lubuk2 harapan kami ialah di laluan kapal, karang, lubang dan kapal karam. Bot telah memberi isyarat untuk memulakan cabaran dan tanpa berlengah lagi semua ahli2 mancing terus menunjukkan kemahiran masing2.. saya yang masih lagi junior sempat meminta tunjuk ajar tip dengan menggunakan tanduk dan tali perambut sepanjang 2 ke 4 depa yang perlu digunakan.. bergantung pada individu. Misi hari pertama kami diserang duri@mayong dari 300grm hingga cecah 1 kilo lebih.. Serangan ikan duri turut diwarnai dengan tangkapan ikan merah, gerut2, senangin dan lain2 lagi.. Kedalaman air memainkan peranan penting dan bagi set manual seperti saya memang cepat keletihan menarik ikan dan batu bersaiz 10-18.. Dilubuk hati terasa menyesal kerana tidak mempunyai set bangla bagi trip 3 hari 2 malam ini.. Waktu malam kami dihidangkan asam pedas mayong.. memang menyelerakan dan semangat memancing hingga ke pagi diteruskan untuk mencari lauk untuk dibawa pulang..

0 Response to "D'Jarak bersama Pancing.net - Hari pertama"

Post a Comment