Hospital Sjmc.. siap sewa kerusi malas lagi..hehe
Tengok kris dance dan di Volcano kintamani..
Sempat servey bot..
Rasa macam nak casting dari atas je..
Restoran kolam mancing berkonsep dapat ikan terus masuk kuali
Area pelabuhan.. banyak bot yang besar2
Sempat membeli lukisan abstrak.. Memang cun
Sempat test drif sbelum bawak bini jalan2..hehe
Siapa sampai bali mesti try villa ni..mmg best sbb private pool
Muka menahan perasaan..pantang nampak air, nasib baik xde joran..hehe..
Assalamualaikum,
Sesungguhnya kita hanya mampu merancang dan Allah jua lah Maha menentukan.. Trip ke Bali untuk bersantai sambil memancing tidak dapat diteruskan kerana orang tersayang baru lepas menjalani pembedahan di SJMC hospital. Memang takde rezeki untuk menimang cahaya mata tetapi kami redha atas apa yang berlaku.. Di Bali saya memang tak boleh berjauhan dari isteri dan memang sentiasa menjaga makanan dan pelbagai pantang. Kalau nak bawak naik bot pun bahaya...hehe. Semasa di sana sempat saya servey harga memancing yang mana kos Rm300-350 sehari beserta makan minum dan peralatan memancing..
Kemudian guide membawa kami ke restoran yang boleh memancing dan hasil yg dapat tu boleh dimasak dengan citarasa yang tersedia.. Memang layan tetapi kos kesemuanya lebih baik mancing atas bot tadi.. haha. Ini kerana terdapat banyak kos seperti sewa joran, sewa chalet terapung, bayar guide, ikan yang dapat tu pun kena bayar bagi berat ikan dan kos memasak.. Kemudian ikan2 kat situ tak sampai 2 kilo.. So memang tak berbaloi untuk bayar hidden kos dan kos nyata yang diterangkan oleh staf disitu.
Alhamdulillah semasa disana tiada perkara buruk yang berlaku pada isteri tercinta.. Yang pasti kalau ada rezeki memang saya akan kesana untuk membalas dendam..hehe.
Post a Comment