Cabaran bermula... Pertama kali Mancing@ Mencandat atas bot


Semua semangat tengah membuak2..


Sesi menunggu bot.. bot berlepas lewat dan balik awal..huhu


Pijui dengan lampu rekaannya ( dekat topi )


Muka tahan panik..tetap cool.. Dari kiri saya, pijui dan arif


Dari kiri anep, elsa, isteri (suzie), fara dan faizal


Kepenatan sebab ombak kuat masa dalam perjalanan..


Publish Post

Sotong takde..ikan pun mancing last minit sebelum bot balik

Sebelum Pertandingan Candat Sotong Terengganu

8:10 PM Posted by en_naz 0 comments

Sampai di Terengganu terus ke Taman Monumen di Masjid Kristal



Memang cantik dan halus rekaannya.. Sempat bergambar..hehe


Lepas tu ke Pasar Payang beli ole2..



Balik rehat2 kt kolam, Esok pagi2 dah cari nasi dagang..best2

Perjalanan dari kl ke Kuala Terengganu mengambil masa dalam lingkungan 6 jam. Kami berpakat untuk gerak awal pagi dalam jam 5. Ini bagi mengelakkan kesesakan jalan raya sebab cuti panjang dan orang ramai yg turun ke Terengganu dalam trip mancing dan candat sotong. Semasa dalam perjalanan kami singgah di R&R Temerloh untuk makan dan solat subuh serta berbual tentang plan bila dah sampai sana.

Bila sampai di Kuala Terengganu, kami terus ke Taman Monumen Islam di area masjid kristal.. Bersambung.

Amber Jack Jigging Series - AJ Special ( Seahawk)


Rod jigging yang sedia untuk di uji..


Ringan dan jitu


Berbaloi baloi..hehe

Persediaan membuat mata kail dan jig yang akan di gunakan di Kuala Terengganu


Antara bahan2 yang perlu ada.. tp still x cukup..shrink
tube rubber tak ada dlm ni






Hampir siap, tapi tak bubuh gam lagi utk mengukuhkan
ikatan..

Backup mata kail yang sudah siap dan boleh
laras dari jenama Gosen

Umpan Candat Udang untuk Mencandat Sotong di Kuala Terengganu


Antara candat udang tiruan yang akan diuji


Kesemuanya candat ini bercahaya dan sesuai utk malam


Yang kiri ini ialah candat umpan - letakkan ikan di tengah2 tu

Lagi 2 hari lagi pertandingan mencandat sotong yang akan di adakan di Kuala Terengganu. Gambar diatas ialah segala persiapan untuk sesi mencandat sebelum pergi ke sana.. Bagi perjalanan yang jauh dan atas bot, saya pastikan barang2 dibawah ini perlu dibawa bersama:

1. Minyak panas @ cap kapak
2. Ubat Migrain @ panadol @ Tahan muntah
3. Mini first aid kit
4. Baju hujan
5. Pisau
6. Tali
7. Life Jacket- disediakan
8. Lampu suluh
9. Beg kalis air - simpan wallet, handphone dan yg penting2
10. Duit - ini lagi penting, tak makan & tak boleh nak jalan2..hehe

Sahabat @ rakan pancing yang terlibat dengan kemalangan

8:52 PM Posted by en_naz 0 comments




Tanggal 18 may 2010 satu berita yang memeranjatkan saya bila sahabat saya dan rakan pancing terlantar dihospital kerana kemalangan semasa hendak pergi ke pejabat, padahal 3 hari lepas baru sahaja kami bertemu untuk trip mancing di pantai Remis. Saya mendapat panggilan dari ayahnya yang juga sekutu memancing dalam jam 12 tengahari. Saya yang kebetulan cuti sakit terus ke hospital untuk melihat keadaan beliau. Sampai disana saya melihat kay masih dalam kebingungan, ini mungkin kesan dari ubat tahan sakit manakala isterinya mengalami retak tulang kaki dan melecet. .

Kemalangan berlaku semasa dia dan isteri dalam perjalanan di sekitar bandar utama, kejadian berlaku akibat 1 kereta yang memotong ke kanan yang memang tak boleh lalu sebab ada kon tetapi kerana kecuaiaan pemandu tadi menyebabkan ia melanggar kereta lain dan kereta yang dilanggar tadi terus merempuh kay dan isteri hingga terseret ke depan.. Walaupun berhati2 kita memandu tapi atas kealpaan pemandu lain atau yang mengejar masa boleh menyebabkan kemalangan yang boleh meragut nyawa. Walaupun kita mengejar masa tapi kena tekankan keselamatan diri sendiri dan orang lain. Bagi kaki pancing mungkin kita sedikit sebanyak dilatih bersabar semasa menunggu ikan..

Saya harap kay dan isteri cepat sembuh dan bagi pemandu2 diluar sana..sayangi lah insan tersayang dan orang lain disekeliling anda.. jangan kerana kesilapan diri sendiri yang lewat memberi kesan pada orang lain.. Sabar separuh dari iman.

Pantai Remis, Jeram Selangor

7:45 PM Posted by en_naz 7 comments







Hari yang dinanti untuk mencuba memancing di pantai Remis di Jeram Selangor memang berbaloi.. Ini kerana keindahan pantai dan pelbagai aktiviti dan riadah bersama keluarga boleh dilihat disana. Terdapat banyak kedai makan dan bekalan mentah seperti kerang, lala dan banyak lagi boleh didapati disana. Kemudian tempat permainan untuk kanak2 turut disediakan. Kunjungan kami kesana hanya berdua sahaja tanpa membawa keluarga masing2.. Kalau next trip mungkin saya akan membawa isteri untuk makan dan melihat panorama indah sambil memancing.. hehe. Bagi pemancing pula, umpan tidak perlu risau kerana umpun2 memang tersedia untuk kita memancing dan ada juga yg menjual udang mati.

Setelah memilih port, kami terus labuhkan joran. Saya menggunakan 2 joran iaitu satu untuk main dasar dan satu lagi casting. Hari tu memang tidak bernasib baik untuk menaikkan ikan besar kerana terlepas. Semasa sibuk casting, joran figo ditarik kuat hingga terjatuh.. saya yang masih lagi sedang memegang joran casting tidak sempat untuk berbuat apa2 sebab jarak saya dan joran yang kena tarik tu jauh.. memang sayang sebab 2 kali saya kena macam tu.. Lepas tu terus saya putuskan utk mancing dasar je. Air masa tu memang cantik dan baru nak surut.
Hari tu kami memancing sampai malam dan alhamdulillah ada rezki untuk dibawa balik, banyak juga ikan kat sana yang tak sempat di ambil gambar kerana kami diserang nyamuk2.. Bagi yang nak memancing kt sana jangan lupa bawak bekas telur dan lampu untuk kegunaan malam..