Bersama abang dan pekerja dia..
Antara bot yang boleh disewa kalau tak nak mancing atas kelong..
Kelong yang tak jauh dari pantai..
Ikan tuka yang pertama..
Hasil dalam mangkuk besar, esoknya buat asam pedas Melaka..
Cuti panjang pada minggu lepas iaitu deepavali yg jatuh pada jumaat telah diguna sebaik2 nya oleh saya untuk balik kampung dan menyertai trip memancing diatas kelong yang dirancang oleh abang saya iaitu Wan. Pagi tu dari KL, barang2 set pancing telah siap tersedia untuk menguji Kelong Anjung Batu, sampai di Melaka dan berehat serta selesai solat jumaat. Saya, abg dan pekerjanya terus ke pantai klebang untuk membeli umpan udang hidup.. Dalam perjalanan ke sana memang ramai yang saya nampak membawa joran samada menaiki motor atau dalam kereta, rupa-rupanya ada pertandingan memancing dipantai Puteri Melaka. Bila nampak gelagat2 rakan2 mancing menambahkan lagi semangat untuk memancing..hehe. Nasib baik kami menempah udang hidup awal2, kalau tak memang habis di borong pemancing yang nak masuk pertandingan..
Selesai beli umpan terus kami ke Alai, bot sudah tersedia menanti kedatangan kami. Agak cuak juga bila naik bot fiber kecik bila dilambung ombak mini.. Nasib baik la takde apa2 berlaku.. Jarak antara pantai dan kelong memang tak jauh dan air kelihatan keruh apabila kami berada atas kelong.. harapan untuk ikan besar tu memang tak berani nak dipertaruhkan.. Kami memancing pun tak lama, dalam 6.30 ke 11 malam. So umpan pun tak beli banyak. Semasa melabuhkan umpan, hati mula risau bila tiada getuan dari ikan2 dibawah. Saya yang dari tadi tak senang duduk mula menukar strategi dengan memasang 1 mata kail pendek di atas dan 1 lagi mata kail di bawah sepanjang sedepa bersama batu ladung. Ternyata bila strategi ditukar baru ada getuan dan tarikan kasar dari dalam air.
Alhamdulillah, umpan udang mati, umpun2 dan udang hidup kami laku macam goreng pisang panas. Cuma 3 jenis ikan yang kami dapat bawa balik iaitu duri, gelama dan tuka.. Pelik kemana ikan siakap, senangin dan kerapu yang pernah diberitahu oleh rakan2 abang. Tapi trip kali ini tak mematahkan semangat kami dan bersyukur atas rezeki yang dapat dibawa balik. Keesokan hari nya ikan2 tu terus dibuat asam pedas oleh ibu tercinta..Memang fresh, manis dan memang terliur bila mendengarnya..hehe. Tekong tu muda lagi, dia sempat bagitahu untuk bawak kami mancing kat area pulau2 berdekatan situ dan tukun2 yang terdapat kerapu, jenahak dan daun biru.. InsyaAllah, apa2 pun perlu di uji pada masa akan datang untuk memastikan kebenaran dari tekong muda yang memang sporting dan kaki mancing juga..
November 9, 2010 at 4:36 AM
waaaa......best nya gi memancing.....
tak ajak eita pun...
mana aci ni.....
November 12, 2010 at 6:50 AM
ini trip pun abg ajak..hehe..eita pun minat mancing ke ;)
December 20, 2010 at 8:20 AM
Untuk makluman, yang ni bukan kelong alai sedara... kelong anjung batu umbai. tuan kelong die hasnor.
January 2, 2011 at 9:51 PM
Terima kasih info dari Sedara Ahmad.. Saya pun baru tahu, maklum la abang yg buat trip ni..follow je hehe.. Sedara Ahmad biasa mancing sini ke?
January 22, 2011 at 6:26 AM
en naz..mahu share gmbar ikan tuka,boleh ye?Tq
January 23, 2011 at 6:25 PM
Zati,
boleh je kalau nak share.. terima kasih banyak2 ;)
September 11, 2012 at 9:35 PM
masak asam pedas letak daun kesum byk2 mmg mables