Sempat singgah warung pekena goreng pisang panas..hehe
Pemandangan yg cantik..
Ada helang bertengek disebelah khemah..
Lombong puchong..kalau ada bot mmg best utk casting..huhu
Dah lama saya tak memancing sejak sibuk urusan kerja dan pindah ke rumah baru.. kemudian rakan2 yg kahwin di hari minggu memenuhkan lagi jadual mingguan... Akhirnya satu tarikh telah di tetapkan untuk mancing sambil jalan2 melihat panaorama ciptaan yang Maha kuasa. Sebenarnya saya dan rakan memang dah tak tahu port mana nak pergi sebab kebanyakan nya kumpau ataupun kami masih lagi cetek ilmu dan kurang kelengkapan memancing pantai..
Manakala planning memancing di Bangkok pun dibatalkan kerana takde geng untuk mengambil pakej yg ditawarkan.. Trip memancing bertukar ke trip jalan2 dan shopping di Bangkok...hehe. Bila di fikir2kan baik mancing kt tengah laut atau pun kolam bayar di tanah air yang banyak lagi ikan2 mega.. ada uncle pancing kedai pancing jalan imbi yang bagitahu ada spesis patin mekong di ulu langat juga dan murah berbanding patin mekong di Thailand.. Di bawah ini ialah kos untuk mancing di kolam Bungsamaran Thailand :
- Fishing Ticket : 1,000 THB
- Rod Rental : 500 THB
- Bread / Ram powder set : 200 – 250 THB
- Guide : 1,000 THB / per 2 rods
- Fishing equipment ( Float , Hooks )
- Big net Rental 60 THB .
Bungalow you can choose by your self .
Keseluruhan jumlah cecah RM 300, itu belum campur duit tiket ke thailand dan makan minum.. Lagi satu ialah sana memang susah bagi perokok2..hehe.. saya nyaris2 nk kena saman..tak boleh hisap rokok di airport & lrt.. Tapi bagi pemancing yang memang nak jalan2 dan ada duit lebih terpulang pada diri sendiri untuk merasainya..
Post a Comment