Patin mengamuk..


Suasana yang menenangkan jiwa..


Kay dengan Patin terbesar pada malam tu..


Alhamdulillah hasil lama tak mancing..

goyang kepala lutut lama x kena karen..hehe


Assalamualaikum semua sahabat mancing..

Setelah sekian lama merehatkan diri akibat kesibukan. Plan memancing telah ditetapkan pada sabtu malam. Saya dengan sahabat iaitu kay telah merancang untuk melepaskan gian di kolam bayar.. Trip yg disertai sepatutnya ramai tapi Aizat dan rakan lain x dapat sebab ada trip di sungai Tembeling. Walaupun berdua tetapi matlamat malam tu mesti dilaksanakan..hehe.

Lepas isya kami bertolak ke kolam mancing, suasana disana mmg meriah kerana ada karoeke disediakan.. Menyanyi sambil memancing pun boleh..hehe. Oleh kerana malam tu artis undangan yg menyanyi tidak begitu menyenangkan so ikan tak berselera nak makan umpan kami pada 1 jam permulaan..hehe.

Selepas sejam memancing ikan mula menunjukkan belang.. Set joran ringan yang digunakan saya memang karen dengan melayan tarikan dari sang patin... Selepas tu naik lagi hingga la azan subuh baru la set joran kay mengena abang patin.. Kalau kena joran saya mmg susah nak bawak naik dengan ketiadaan tangguk. Alhamdulillah rezeki kami malam tu dapat merasa karen setelah sekian lama membiarkan joran bersawang..huhu..

1 Response to "Patin mengamuk.."

  1. MyCherita Says:

    nice catch bro..from : http://bigtacklebox.blogspot.com/

Post a Comment