TM Fieasta - Cabaran Candat Sotong (K.Terengganu)



Jum rakan2 pancing join candat sotong di Kuala Terengganu pada 29 may 2010..

Dua hari lepas, saya sempat terbaca status rakan lama di facebook yang mengatakan ada pesta candat sotong di Kuala Terengganu.. Setahu saya tahun lepas dia pernah mempelawa saya untuk join tapi ada masalah2 yang tak dapat dielakkan..Tapi tahun ini saya tak mahu lepaskan peluang dan terus saya hubungi rakan kerja lama yang bernama tasha.. Saya terus confirmkan tempat untuk 4 orang termasuk isteri dan 2 lagi rakan untuk mencukupkan 10 orang dalam satu team. Setelah diberi nama dan maklumat penuh untuk menyertai candat sotong..saya membaca borang yang dihantar ke email saya.

Rupa2 nya pesta candat sotong tu ialah satu pertandingan anjuran TM dan menawarkan pelbagai hadiah.. Satu lagi bonus kalau dapat memenangi salah satu yang ditawarkan. Tetapi misi saya yang sebenarnya ialah untuk naik bot sambil memancing di tengah2 lautan.. Itu matlamat saya yang sebenarnya itu menguji dan mengesahkan status sebagai pemancing yang boleh diajak ke laut dan kedarat..hehe. Saya kehausan ilmu memancing dilaut dalam, maka fiesta candat sotong ini ingin saya jadikan platform yang pertama untuk merasai nikmat memancing dan mempelajari pelbagai teknik2 dari rakan2 dan tekong2 yang berpengalaman. Paling utama dan penting ialah harap2 saya tak mabuk laut..hehe.

Team candat sotong yang diberi nama team mymancing ( strategi marketing..hehe ) ini dibarisi dengan rakan2 kerja lama iaitu tasha dan suaminya ijmal(rakan sayajuga), isteri (yang memberi sokongan) dan rakan2 isteri ( yang dah kena racun..walaupun tak minat mancing) yang masih mentah lagi dalam dunia hanyir ini berharap pengalaman ini memberi langkah panjang untuk memancing sambil menyokong aktivti-aktiviti pertandingan berbentuk riadah dan mengeratkan lagi hubungan sesama saudara islam dan bukan islam yang kaki pancing.

Dalam keriangan menanti waktu mencandat sotong sambil memancing ini, saya terlupa yang set2 pancing saya hanya mampu membuatkan ikan2 ditengah laut mentertawakankan senjata yang diguna pakai. Alamatnya memang saya kena survey2 la set baru di kedai..huhu..

Kepupusan lubuk2 dari Sg Buloh ke Kuala Selangor









































Hari minggu sebelumnya adalah super bz untuk saya..dengan kepala yang sangat berserabut sebab banyak kerja hingga ke lewat malam, dengan lama tak kena karan sambaran ikan, makin menjadilah keserabutan di benak kepala. Setelah menyiapkan kerja2 yang diamanahkan saya terus sms rakan saya kay untuk menduga lubuk2 baru dari Sg Buloh hinggalah ke Kuala Selangor. Janji telah termeterai dan cuma menunggu esok harinya..kay memang gembira dari awal lagi sebab dah awal2 dapat "green light" dari isterinya.. Saya pula masih lagi lampu oren, hish susah ni nak kena tunggu hijau.. Setelah saya masuk kebilik dan mengambil kamus2 dan membelek2 setiap helaian..maka terciptalah satu alasan yang kukuh untuk memancing...hehe.

Keesokan harinya setelah makan tengahari dari air tangan isteri, kami bergerak dengan menaiki motor bagi memudahkan misi mencari lubuk2 yang berpotensi. Kami berjumpa dalam jam 3 petang. Dalam perjalanan dari Sungai Buloh, kami melalui kampung Ijok, Assam Jawa, Taman Kelip2 kg Kuantan dan Jambatan Kuala Selangor. Setiap kampung yang kami lalui dan nampak tempat berair je terus kami berhenti untuk casting.. Ternyata lubuk2 perhentian kami memang ketandusan ikan haruan. Matlamat kami ialah menguji gewang2 katak kayu, katak plastik dan janggut. Tetapi hanya berapa sambaran tak lekat.

Walaupun tiada tangkapan yang berjaya dirakam tetapi kami puas melihat suasana keindahan alam, suasana perkampungan dan paling best sekali perkena mee goreng di satu kedai berhampiran muara yang menjalankan penternakan kerang. Mee goreng yang sedap dan udang2 yang besar serta keramahan penduduk disitu masih terngiang2 di minda. Pemancing seperti kita ini ibarat pendagang yang merantau ke negara2 orang untuk mencari rezeki, sama juga kita sebagai pemancing..lagi jauh perjalananan, lagi banyak pengalaman yang akan kita terokai..itu yang paling mahal sekali..

Malam tu, setelah selesai makan dan berbual tentang lokasi menarik di area kuala selangor, kami pergi ke jambatan Kuala selangor untuk mencuba nasib, ini kerana alat2 untuk memancing dasar memang tak bawak banyak dan tak beli awal2 umpan. Sampai tempat yang dituju memang terdapat ramai yang sedang memancing di tepi jambatan . Kami yang memang tiada plan untuk mancing guna umpan, sempat la juga beli udang putih di kedai2 tepi jalan untuk buat umpan. Air masa kami sampai tu surut dan deras bawahnya, peratus batu tak lekat bawah memang boleh di agak.. Dalam sejam tu memang kami banyak lepak dan berbual dengan ada sorang abg yang membawa familynya dari Ampang. Kesimpulannya malam tu tiada rezeki buat kami..tapi satu pengalaman bila dah menjejakkan kaki di area sana.

Menabung demi masa depan Baitrunner D..hehe














Untuk pengetahuan anda, mesin spinning Shimano Baitrunner D adalah impian saya untuk digunakan masa memancing di tengah laut dalam. Lihat la keunikan buatannya dan keteguhannya, ia bersinar2 dan menerangi dunia impian setiap memancing di tengah laut..hehe. Mesin ni setelah di survey di Kepong Tackle dalam anggaran RM 5++. Kira murah la dari adik beradik lain macam jenama Stella yang berharga Rm 2+++ keatas.
Bak kata orang lama " ada yang sayang joran mancing dari bini " hehe. Apa pun kepuasan memancing bukan datang dari mesin dan joran yang mahal2..
Cuma kebarangkalian bila menggunakan mesin atau joran biasa mungkin tak tahan lama. Terpulang pada individu bagi menilai setiap hobi mancing samada untuk jangka masa pendek atau panjang. Dengan mesin berharga ekonomi pun kalau tahu teknik melemahkan@menumpaskan tarikan ikan pun adalah satu kelebihan tanpa alat2 yang mahal. Tapi kalau dah minat dan rasa berbaloi untuk beli apa salahnya..Tepuk poket, tanya la diri sendiri..hehe. Antara kelebihan mesin ini saya tak pasti sebab belum memilikinya lagi tapi kalau dari segi katalog yang terdapat dalam web memang banyak...antara ciri2 kelebihan yang boleh dirujuk seperti dibawah : -

Features
  • Graphite Frame
  • Graphite Sideplate
  • Propulsion Line Management System: Propulsion Spool Lip, S-Arm Cam, SR One-Piece Bail Wire, Power Roller III Varispeed Oscillation
  • S-Concept: S-Rotor, S-Arm Cam, Direct Drive Mechanism (Thread-In Handle Attachment), Oversized Septon Grips for Power and Comfort, WP Drag (Waterproof Drag) -
  • Dartainium II Drag Washers (Cross Carbon
  • S A-RB (Shielded A-RB) Ball Bearings
  • Super Stopper Anti-Reverse
  • Dyna Balance
  • Varispeed Oscillation

Kesimpulannya ialah memang bagus..hehe.

XPDC ke Semenyih

































Ekspidisi ke semenyih yang dirancang tidak begitu lancar. Perjalanan yang dirancang tengahari menjadi ke petang akibat kelewatan mekanik yang membaiki motor has ( rakan kolej ). Perjalanan yang hampir sejam ke tempat mancing dan cuaca yang semakin gelap merisaukan saya sebab nak set khemah, set joran, tabur belerang sekeliling khemah dan tempat mancing serta buat unggun api bermain dalam kepala. Sampai tempat yang dituju, terus kami memasang khemah dan apa yang dirancangkan sebelum memancing. Setelah selesai kami berehat sekejab dan memulakan tugas sebagai pemancing..hehe.
Berbekalkan umpan cengkerik yang dibeli di kedai berhampiran rumah serta umpan dedak yang dibikin malam sebelumnya menjadi harapan untuk menaikkan ikan2 dilubuk berkenaan.. Bulan terang dan nyamuk menjadi peneman kami malam tu sementara menunggu ikan memakan umpan.. Anak2 ikan yang asyik menyerang umpan kami memang menyakitkan hati.. Dalam leka bertepuk tampar menghalau nyamuk, joran Hasz mendapat sambaran dan dengan mudah menaikkan anak lampam yang mengacau umpan.. lepas tu joran kami senyap tanpa sambaran hingga jam 10.30 malam.. Dalam masa kami berbual2 tiba2 loceng yang dipasang pada joran hasz berbunyi.. hasz terus menyambar jorannya dan mengarau laju dan kelibat ikan mula muncul di permukaan air, seekor baung anggaran 500 gram berjaya ditewaskan. Dalam kegembiraan meraikan ikan yg lama kami tunggu dari tadi, loceng di joran saya pula berbunyi..Terus saya mengarau tanpa melakukan sentapan, memang terasa berat tapi apakan daya terlepas sebab mata kail tidak menembusi mulut ikan..takde rezeki jawabnya..selepas tu tiada lagi getuan dari ikan..kami pun kemas2 dan masuk tidur kerana keletihan. Keesokannya pula saya sempat casting dalam jam 7 pagi..tapi takde sambaran dan kami sepakat untuk balik. Walaupun tidak dapat ikan tapi kami gembira dapat melihat keindahan dan panorama di air terjun, empangan dan bukit Ampang. Dalam perjalanan, kami mencari pam minyak untuk memenuhkan tangki kami..jalan punya jalan cari petronas dan shell tapi tak jumpa, dari jauh kelihatan satu pam minyak tapi reka bentuknya yang lain mengundang pertanyaan..bila sampai je kelihatan pam minyak Teguh.. Rupanya ada lagi pam minyak selain dari esso, shell, petronas, project dan mobil.. hehe. Kesimpulannya ialah "Jauh lagi perjalanan, luas lagi pemandangan"..